SIRI 2 : KERANA TAK MENDENGAR KATA
Pengembaraan Amir Misteri – Siri 1
"KERANA TAK MENDENGAR KATA"
Karya: Cikgu Mohd Zor Ali
”Kalau nak pergi ke mana-mana, jangan lupa beritahu
kepada mak dan ayah ye nak.” Demikianlah
pesan ibu katak kepada anaknya. Ibu katak bimbang kalau-kalaulah anaknya keluar rumah tanpa pengetahuannya.
Katak
tiga beranak itu tinggal di bawah sebuah rumah buruk di belakang stesyen bas. Berhampiran rumah itu terdapat paya tempat
katak-katak mencari makan dan bermain. Pokok-pokok kiambang dan teratai tumbuh segar di
situ. Anak-anak ikan turut mendiami kawasan yang terbiar itu. Ular dan
serangga-serangga lain pun suka mencari makanan di situ kerana manusia tidak menghiraukan kawasan
yang dipandang jijik.
Manusia
cuma sibuk di stesyen bas dan kawasan kedai berhampiran. Bas dan kenderaan keluar masuk tidak putus-putus dari pagi hingga
ke petang. Pada waktu malam, keadaannya agak lengang. Cuma beberapa buah bas
ekspres sahaja beroperasi pada waktu malam. Ketika inilah haiwan seperti
katak, tikus, ular dan serangga-serangga lain keluar untuk mencari makan.
Pada
suatu malam, anak katak kepingin untuk mencari kelkatu yang banyak berterbangan di stesyen bas. Ibu dan ayahnya baru keluar
untuk mencari rezeki. Sebelum keluar tadi, ibu dan ayahnya berpesan agar
anaknya jangan keluar rumah. Ibunya suruh dia menunggu di rumah. Kalau ada rezeki
nanti, ayah dan ibunya akan bawa pulang untuk anaknya yang dikasihi.
”Ah,
baik aku keluar sekejap mencari kelkatu. Dah kenyang nanti, aku pulanglah,” bisik hati anak katak.
Anak kata
pun mula melompat dari satu tempat ke satu tempat. Kini dia tiba berhampiran stesyen bas itu. Ada sebuah bas ekspres
sedang mengambil penumpang di situ. Ketika asyik menangkap kelkatu, tiba-tiba sebuah
kereta yang bergerak laju hampir melanggarnya. Anak katak terkejut lalu
melompat-lompat tidak tentu hala.
Dengan tidak sengaja, anak katak terlompat ke atas tangga
bas yang berhenti di situ. Seorang penumpang yang melangkah masuk ke dalam bas
hampir memijak anak katak. Sekali lagi anak katak nyaris maut. Dia segera melompat
ke bawah tempat duduk penumpang. Dadanya berdegup-degap kerana terkejut dan
takut. Dia menyorok diam-diam tanpa dapat berfikir lagi apa akan terjadi kepadanya
lagi.
Sejurus
kemudian pintu bas mula tertutup. Bas bergerak perlahan-lahan dengan gear satu. Para penumpang selesa di tempat duduk
masing-masing. Perjalanan ke Kuala Lumpur bermula. Anak katak mula menangis apabila
menyedari bahawa bas akan membawanya jauh dari situ. Dia akan berpisah dari ibu dan
ayahnya buat selama-lamanya.
Setelah berjam-jam dalam perjalanan, akhirnya bas itu berhenti di stesyen
bas. Para penumpang turun beramai-ramai dengan membawa beg
masing-masing. Anak katak mengambil keputusan untuk turun. Dia tidak tahu di
mana dia berada namun dia memberanikan diri kerana perutnya sudah terasa lapar. Dia
melompat turun dalam keadaan tidak bermaya.
Anak
katak berhati-hati agar nasib malang tidak menimpanya lagi. Namun dia tidak tahu ke mana hendak dituju. Setelah melompat dan
melompat, sampailah dia di perdu sebatang pokok yang berada di situ. Senyap sepi dia
di situ. Dia mula teringat akan ibu dan ayahnya di kampung. Air mata mula mengalir.
Dia menangis tersedu-sedu. Kepada siapakah dia akan meminta tolong?
Amir
Misteri berjalan perlahan-lahan ke arah anak katak. Anak katak ketakutan dan cuba lari dari situ. ”Jangan
takut wahai anak katak. Saya akan tolong awak. Mengapa awak menangis?” tanya Amir minta penjelasan.
Dengan teragak-agak anak katak itu
menjawab, “Saya tersalah naik bas. Kini saya
jauh dari ibu dan ayah saya.”
“Di mana kampung awak ?”
“Saya tinggal berhampiran stesyen
bas Kuala Terengganu,” kata anak katak lagi
sambil menangis tersedu-sedu. Amir termenung sebentar. Dia amat bersimpati
akan nasib anak katak yang berpisah dari ibu dan ayahnya.
“Berhentilah menangis. Saya akan
hantar awak pulang nanti. Sebelum itu marilah dulu
ikut saya. Kita pergi cari makanan. Saya tahu awak pun sangat lapar,” ajak
Amir. Anak katak gembira mendengar kata-kata Amir itu. Dia berhenti
menangis lalu mengikut Amir untuk mencari makanan.
Selepas makan, Amir bawa anak katak
itu berehat sambil menunggu bas yang akan
bertolak ke Kuala Terengganu.
“Ingatlah pesanan saya. Kata-kata
ibu dan ayah hendaklah ditaati. Setiap kata-kata dan
nasihat mereka ada hikmahnya. Mereka buat sesuatu untuk kebaikan kita
juga.” Amir mengulangi pesanannya. Anak katak rasa insaf. Dia rasa bersalah
kerana menyusahkan hati ibu dan ayahnya. Kalau boleh sekarang juga dia ingin
pulang ke rumah.
Kini bas ke Kuala Terengganu telah
sedia mengambil penumpang. Amir tidak
berlengah lagi. Dia dengan segera menaiki bas itu bersama anak katak. Diletakkannya
anak katak di bawah tempat duduk penumpang.
“Selamat tinggal wahai anak katak.
Sampai di hujung perjalanan nanti kau turunlah.”
“Terima kasih Amir. Budi awak akan
saya kenang selalu. Awaklah manusia yang
baik hati,” ucap anak katak sambil mencium tangan Amir.
Tidak beberapa lama kemudian bas pun
mula bergerak. Para penumpang tidak sedar
seekor katak berada di dalam bas itu. Kalau penumpang perempuan sedar, sudah
pasti terkejutlah mereka. Melompat-lompat sambil memekik-mekik kerana geli.
Berjam-jam masa berlalu. Anak katak
sempat tidur buat sementara waktu. Perutnya kini
terasa lapar semula. Namun dia tetap bersabar. Dia tahu bahawa tidak berapa
lama lagi dia akan berjumpa dengan ibu dan ayahnya.
Akhirnya bas pun sampai ke
destinasi. Semua penumpang turun dengan beg
masing-masing. Anak katak tidak berlengah lagi. Di celah-celah orang, dia melompat
turun. Dia melompat dan terus melompat bagai tidak sabar lagi untuk berjumpa
dengan ibu dan ayahnya.
Benar. Kini dia berada di stesyen
bas di kampungnya. Dia melompat dengan
kuatnya walaupun tenaganya semakin berkurangan. Ibu. Ayah. Bisiknya hatinya
sambil bercucuran air mata.
Sesampainya di rumah, dia melihat
banyak katak berada di situ. Apakah ibunya telah
mati kerana susah hati? Atau adakah ayahnya telah dimakan oleh ular?
Katak-katak itu sedang berkabungkah?
“Ibu. Ayah. Ibu. Ayah.” Anak katak
melaung-laung sambil melompat-lompat.
Katak-katak terkejut. Mereka tak sangka anak katak masih hidup.
“Anakku. Kau masih hidup rupanya,”
kata ibu katak. Ibunya terus memeluk si
anak bagai tidak mahu dilepaskan lagi. Ayah katak juga begitu. Mereka tiga
beranak menangis sambil berpelukan. Semua katak turut bersyukur. Bisinglah
buat sementara suara katak yang bergembira itu. Sejurus kemudian, mereka terus
menari-nari kerana hujan rahmat mula turun.
Pengembaraan Amir Misteri – Siri 1
Amir Di
Kota Raya.
Amir
bersiar-siar di Kota Raya. Kota Raya
ialah sebuah bandar yang
besar dengan
bangunan tersergam indah. Sistem pengangkutan dan jalan
rayanya
sungguh canggih. Kenderaan bertali arus.
Warganya ratusan ribu
orang. Mereka
sibuk dengan urusan masing-masing. Ada
yang berurusan di
pejabat. Ada yang sedang
membeli-belah dan ramai juga yang sedang menjamu
selera di
restoran-restoran yang berhawa dingin.
Amir masuk ke dalam sebuah pusat
membeli-belah yang terkenal.
Badannya terasa nyaman kerana hawa sejuk daripada alat
pendingin hawa.
Namun
pendengarannya terganggu kerana ditusuk bunyi yang semakin
memekakkan telinga.
Bunyi itu datang dari arah kedai yang menjual kaset dan
CD. Berbagai-bagai
rentak kedengaran. Dari suatu sudut yang lain pula,
terdengar
bunyi yang pelik-pelik dari mesin pemainan video. Bunyi macam orang
berperang,
bergaduh , sorakan dan deruman enjin motorsikal. Rasanya
kebisingan
itu boleh dianggap sebagai pencemaran bunyi. Para remaja
sebaya
Amir dan muda-mudi
memenuhi ruang sekitar tempat itu. Mereka dengan gaya
dan gelagat
masing-masing.
Amir
berhenti sebentar berhampiran pusat permainan video. Dia
memandang
sekeliling sambil melihat telatah manusia kota
. Seorang
budak lelaki
yang berambut punk tiba-tiba menarik perhatiannya. Seluar budak
itu berlilit
rantai. Talipinggangnya penuh dengan manik-manik besi. Di tangannya
terdapat
sebatang rokok yang masih berasap. Baik aku dapatkan budak ini,bisik
hatinya.
“Maaf
saudara. Boleh saya tumpang tanya?” tegur Amir sambil
menghulurkan
tangan. Pertanyanya disambut selamba.
“Apa
ha?”sergah budak itu.
Amir
tidak terkejut dengan sikap budak itu. Amir tahu sikap itu agak
biadap. Bagi
Amir cara bercakap kasar tidak wajar diamalkan; lebih-lebih lagi
oleh seorang
remaja yang sedang membesar. Sopan-santun adalah sikap yang
mulia apabila
berbicara dengan seseorang.
Amir memegang tangan budak itu lalu
mengambil rokok yang masih
berasap di
jarinya. Budak itu naik berang. Mukanya menyinga. Dia berdiri tegak
macam orang
mahu bergaduh. Hal mereka berdua itu tidak disedari oleh orang
yang
lalu-lalang di situ. Masing-masing sibuk dan tak ada masa untuk ambil tahu.
Belumpun
dia sempat buat apa-apa, Amir terus melontarkan pertanyaan
yang jujur.
Persoalan ini penting untuk membuka minda budak ini, fikir Amir.
“
Awak ni bangsa apa? Agama apa?” Tanya Amir. Budak itu semakin naik
darah.
“
Kurang ajar awak. Baik awak pergi dari sini. Nanti aku lempang kang?”
“ Wah, bukan main garang lagi budak
ni,” bisik hati Amir. Lalu Amir
merenung muka
budak punk itu dengan mata saktinya. Renungan Amir nampak
bersahaja
tetapi tajam. Beberapa saat kemudian, muka budak itu kelihatan
pucat. Dia
ingin cabut lari tetapi tidak berdaya untuk menangkat kaki. Malah dia
berasa takut
dan lemah. Lalu dia menjawab sahaja pertanyaan Amir dengan
rasa hormat
yang datang secara tiba-tiba.
“Nama saya Sani. Saya Melayu dan
agama saya Islam.”
“Orang Melayu apa macam ni. Islam
suruh pakai macam ni ke?” Amir
perli.
Sebenarnya dia nak suruh budak itu
berfikir. Kotak rokok yang masih
berisi
dibuangnya apabila disuruh Amir. Dia tidak tahu mengapa dia tiba-tiba
rasa hormat
terhadap Amir.
“Sani, kita kadang-kadang tidak guna
akal yang Allah beri kepada kita.
Kita ikut
saja apa yang orang buat. Kita rasa apabila kita ikut budaya orang putih
kita rasa
hebat. Kita merokok kita rasa sudah besar. Ibu bapa larang kita
melawan,”
Amir bagaikan memberi ceramah.
“Tapi saya suka-suka saja,”jawab
Sani.
“Mula-mula suka-suka. Kemudian jadi
budaya. Mula-mula rokok. Besar
nanti dadah
pulak. Inilah yang biasa berlaku. Sani, satu pesan saya kepada
awak. Jangan
bangga jadi orang samseng tau. Sani baliklah dan fikir. Semua
orang nak
jadi baik. Tetapi kita lupa guna otak untuk jadi baik. Kita banyak guna
nafsu. Jadi
apa guna otak kita yang geliga itu?”
Budak itu merenung kata-kata Amir. Dia
terasa malu dan bersalah. Dia
rasa selama
ini dia terpengaruh oleh kawan-kawan. Semasa dia mengalih
pandangannya,
dia terpandang wajahnya di dalam cermin dinding pusat hiburan
itu. Tidak
ada rupa Melayu. Apalagi rupa orang Islam. Dari rambut hinggalah
pakaiannya,
semuanya tidak kelihatan seperti orang Melayu yang berbudi
bahasa dan
berbudaya luhur.
“Inikah gaya yang aku bangga-banggakan?” bisik
hatinya apabila
melihat
wajahnya di dalam cermin itu. Apabila dia berpaling, Amir sudah pun
tiada di
sisinya. Dia terpinga-pinga. Bermimpikah aku?
Sani sekali
lagi menatap wajahnya dalam cermin itu. Gaya
rambutnya. Gaya
pakaiannya.
Aduh, jauhnya aku terpesong dari budaya bangsaku. Hati Sani terus
berbisik.
Barulah dia tersedar akan keterlanjurannya.
Sani tidak ada selera lagi untuk
berada di situ dengan lebih lama.
Badannya juga
terasa lemah sejak bercakap dengan Amir tadi. Kakinya mula
melangkah.
Dia melangkah pulang. Pulang ke rumahnya. Pulang untuk kembali
kepada
asal-usulnya sebagai manusia yang berakhlak mulia.
No comments:
Post a Comment