VIDEO SKP DI YOUTUBE

VIDEO HARI ANUGERAH 2013,

MARI BERTEKA-TEKI

1. Siapa tahu; Kerbau ada berapa kaki?
 ( JAWAPAN: 8. Dua kaki depan, 2 kaki belakang, 2 di sebelah kiri dan 2 di sebelah kanan).
2. Ibu apa yang menyusahkan orang?
(JAWAPANNYA: IBU JARI kerana kukunya kita yang kena potong. Dia tak dapat potong kuku sendiri).
3. Berapakah jawapan 9 dibahagi 2?
4. Kerja apa paling kejam?
5. Dua orang ayah dan 2 orang anak pergi berburu. Masing-masing mendapat seekor burung. Apabila dijumlahkan, bilangannya ialah 3 ekor. Kenapa?
6.Kuih apa yang hanya ditepinya sahaja dimakan. Tengahnya tidak dimakan?
7.Banyak-banyak lembu, lembu apa yang paling orang banyak cari?
8. Banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang bertelur dan beranak?
9.Banyak-banyak air, air apa yang paling berani?
10.Banyak-banyak ikan, ikan apa yang asyik sakit perut?

 ( Jawapan akan diberikan kemudian).

2 comments:

  1. Jawapan no.3 : 4
    Jawapan no.5 : kerana yang pergi berburu adalah atuk ayah dan anak ... ayah adalah anak kepada atuk dan ayah kepada si anak ... jadi cukup lah 2 ayah dua 2 orang anak.. dapatlah 3...

    Daripada : Anis Izaty
    Kelas : 5 Amanah
    Sekolah : SK Pusat Kemaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jawapan Anis. Tahniah. Bolehlah teka pada kawan2 lain.

      Delete