NASIHAT MINGGU KE-11
Wahai anak didik yang dikasihi,
Jangan bersedih apabila anda gagal. Kejayaan dan kegagalan adalah proses hidup yang menjadikan kita semakin dewasa. Orang yang berwawasan akan menjadikan kegagalan sebagai titik tolak untuk berjaya. Kajilah mengapa kita gagal. Maka bangkitlah untuk membaiki diri untuk berjaya pada masa hadapan. Hidup ini masih jauh dan masih banyak padang perjuangan. Yakinlah bahawa anda akan menang dengan membaiki diri dari sekarang.

NASIHAT MINGGU KE-10
Anak didik yang dikasihi sekalian,
Kalau kita buat baik, kebaikan itu akan dapat kepada kita juga. Sekiranya kita melakukan kejahatan, akhirnya kejahatan itu akan kembali kepada kita. Ini bermakna, kesan perbuatan baik dan buruk akan kita terima. Contohnya, jika kita mencuri, kita akan mendapat dosa, dipandang hina dan dipenjara. Kalau kita menolong orang, kita akan mendapat pahala, orang akan menghormati kita dan ada ketika orang pula menolong kita. Jadilah insan yang baik dan mulia wahai anak didikku.

NASIHAT MINGGU INI

Kemalangan jalanraya berlaku saban hari. Kita dinasihati agar berhati-hati di jalanraya. Tahukah anak-anak bahawa kita jangan bongkak, takabur dan rasa hebat di jalanraya? Perbuatan ini mengundang kemurkaan Allah. Apabila Allah murka, apa-apa saja boleh berlaku. Dan yang penting juga, sentiasa baca doa perjalanan sama ada destinasi kita dekat atau jauh. Moga semuanya selamat.
NASIHAT MINGGU INI
MALU ialah sebahagian daripada Iman yang
sepertimana disabdakan oleh Nabi s.a.w. Malu yang dimaksudkan ialah
malu untuk berbuat jahat dan maksiat. Apabila terlintas di hati atau
berpeluang untuk berbuat jahat atau maksiat, lantas perasaan malu
memainkan peranan. Kalau aku mencuri, malu kalau orang tahu. Kalau aku
berdua-duaan antara lelaki dan perempuan, malu kalau ibu dan ayah tahu.
Kalaulah muridku, ada perasaan MALU ini, sudah pasti muridku akan
selamat. Ada rasa malu bermakna ada IMAN. MALU ialah mahkota kehidupan.
NASIHAT MINGGU INI - SIRI 5
Khusus untuk calon UPSR yang dikasihi,
Kalian sudah berusaha. Kalian sudah bersedia. Kini hadapilah peperiksaan dengan pesanan berikut:-
1. TELITI
2. FOKUS
3. DOA
Mudah-mudahan muridku memahami maksudku. Ingatlah, ibu bapa dan guru-guru bersama-sama mendoakan kejayaanmu.

NASIHAT MINGGU INI - SIRI 4
Asas kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat ialah SOLAT. Solat yang
sempurna cukup lima waktu dan betul bacaan dan perbuatannya menjadi asas
untuk menjadi manusia beriman dan bertaqwa. Tiada manusia yang tidak
sempurna solat boleh mendakwa dirinya beriman. Melalui solat, kita akan
mendapat bimbingan, petunjuk dan hidayah daripada Allah s.w.t. Apabila
solat telah sebati dengan diri kita, insya-Allah selamatlah hidup kita.
Justeru, anak-anak muridku hendaklah mengambil berat pesanan ini.
Janganlah lagi solat kerana terpaksa atau kerana takut dimarahi oleh ibu
bapa. Solatlah kerana Allah.
NASIHAT MINGGU INI - SIRI 3
Muridku, sedarilah bahawa setiap
kebaikan atau keburukan yang kita lakukan akan pulang kepada diri
sendiri. Inilah janji Allah dalam al-Quran. Andai kita buat kebaikan,
kita akan disukai, dihormati, dibalas dengan kebaikan dan balasan
pahala. Apabila kita melakukan keburukan, kita dibalas oleh orang dengan
khianat, dendam dan benci, kita mendapat nama buruk dan kita menerima
balasan dosa. Maknanya, segala perbuatan kita akan kembali kepada diri
kita. Tepuk dada tanya iman yang ada di dalamnya.

NASIHAT MINGGU INI - SIRI 2

Antara anggota paling berharga pada diri kita ialah AKAL. Sebab itu Allah letak akal pada tempat paling tinggi di kepala dan selamat. Akal memandu kita menjalani kehidupan. Untuk bertindak, gunalah akal. Untuk tentukan baik dan buruk, gunalah akal. Untuk selesaikan masalah, gunalah akal. Untuk rancang masa depan, gunalah akal. Untuk selamat dunia dan akhirat, gunalah akal. Namun, betapa ramai manusia tidak menggunakannya. Mereka banyak mengikut nafsu dan perasaan. Justeru itu, pelajarku yang dikasihi, jangan lupa gunakan akal. Nak buat sesuatu, ingat kepada AKAL. Gunakan akal agar selamat.
NASIHAT MINGGU INI

Solat 5 waktu adalah asas kehidupan seseorang muslim. Anak-anak didikku hendaklah menyempurnakan solat sejak kecil. Belajarlah solat dengan betul bacaannya dan perbuatannya. Belajar rukun dan perkara yang membatalkannya. Alangkah sejuk hati ibu dan ayah jika anak-anaknya solat dengan sempurna tanpa dipaksa. Dengan solatlah anak-anak didikku akan selamat mengharungi cabaran hidup di dunia dan pancaroba akhirat.
NASIHAT MINGGU INI
Salam muridku semua,
Ingat
kata-kata cikgu, "dunia dikelek, akhirat dijunjung". Hendaklah kita
berusaha mencari bahagian kita di dunia namun keutamaannya hendaklah
kita menjadi insan yang bertaqwa agar mendapat kenikmatan yang sebenar
dan kekal abadi di akhirat kelak.
Faris,5A
ReplyDeleteSk Pusat,Kemaman.
Selamat Berpuasa Cikgu Zor dan Kawan-Kawan
Cikgu, bile blog ni nak ade kan jadual bertugas ? Dah confiused dah.. Sebab kadang2 ade yang x bertugas, kite boleh tolong masukkan.. Tapi tak tahu sape..
ReplyDeleteContohnye : Arif x bertugas.. Kite pown masukkan artikel2.. Esok kite boleh tanye die kenape die x bertugas...
Sebab sebenarnye dulu2 cikgu dh suruh SHAKEER buatkn tpi die lupe kowt..