Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri
DISEDIAKAN OLEH: UNIT HAL EHWAL ISLAM, HOSPITAL SUNGAI BULOH.
BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah saw yang perlu kita sebagai umat Islam contohi? Mencontohi
Baginda bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek
kehidupan kita. Bukan bermakna Nabi saw terhindar daripada penyakit,
tetapi Baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali sahaja.
Rasulullah saw sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang berat dan mencabar. Perhatikan
perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta
penderitaan. Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit
(maaf). Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:-
1. Selalu bangun sebelum Subuh.
Rasulullah
mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat
sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi
hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara
pada waktu subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta
memperkuatkan akal fikiran.
2. Menitikberatkan tatacara menjaga kebersihan.
Rasulullah
sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci
rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak
wangi. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Mandi
pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa,
demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
3. Tidak pernah makan berlebihan.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam
tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara,
sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Salah satu sumber penyakit adalah datangnya dari perut (makanan). Amalan pemakanan yang tidak betul dan berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh memudharatkan tubuh kita. Galakan berpuasa merupakan suatu bentuk terapi yang boleh mengistirehatkan perut disamping menyihatkan tubuh badan kita.
4. Gemar berjalan kaki.
Rasulullah saw berjalan kaki ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah-rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan dengan lancar.
Ini
penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang
lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti
letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5. Tidak pernah iri hati.
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. Banyakkanlah berdoa: “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
6. Tidak pemarah.
Nasihat Rasulullah ‘JANGAN
MARAH’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan
kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad sahaja tetapi merangkumi
juga kebersihan jiwa.
Ada
terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah
posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila
sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian
membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil
wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan
gundah di hati.
7. Pemaaf.
Pemaaf
adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati
dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu
rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia
sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak
lagi cara hidup sihat Rasulullah saw, Insya-Allah akan dikupas pada
masa-masa yang mendatang.
Dipetik daripada:hsgbuloh.moh.gov.my
Daripada:Muhammad Arif Solihin Bin Mohd Syukri
Kelas:5Amanah
Sekolah:SekolahKebangsaanPusat
No comments:
Post a Comment