VIDEO SKP DI YOUTUBE

VIDEO HARI ANUGERAH 2013,

Monday, 23 December 2013

CIKGU BERTUKAR KE SK. CHUKAI, KEMAMAN


Salam untuk semua murid  cikgu.
Cikgu mula bertukar ke SK. Chukai mulai 24hb. DISEMBER 2013. Cikgu tak sempat memberi ucapan perpisahan kerana pertukaran berlaku ketika cuti sekolah. Namun jika berpeluang cikgu akan ke SK. Pusat untuk menyerah tugas dan menjenguk murid-murid cikgu.

Cikgu mohon maaf bagi setiap kesalahan cikgu kepada murid-murid semua. Pesanan cikgu agar murid-murid cikgu solat dengan sempurna dan belajar bersungguh-sungguh dengan penuh disiplin. Jangan lupa sampaikan salam cikgu kepada ibu bapa murid semua dan sampaikan salam kepada kawan-kawan yang tidak membaca surat cikgu ini.

Jangan segan untuk tegur cikgu apabila bersua di jalanan. Dan cikgu akan sentiasa buka blog ini untuk berkhabar berita dengan murid-murid semua. Kepada murid cikgu yang naik Tahun 6 cikgu doakan semua berjaya dengan cemerlang.

Sekian dari Cikgu Haji Mohd Zor Ali.

Sunday, 22 December 2013

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri

DISEDIAKAN OLEH: UNIT HAL EHWAL ISLAM, HOSPITAL SUNGAI BULOH.

 

BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah saw yang perlu kita sebagai umat Islam contohi? Mencontohi Baginda bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Bukan bermakna Nabi saw terhindar daripada penyakit, tetapi Baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali sahaja.
Rasulullah saw sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit (maaf). Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:-
1. Selalu bangun sebelum Subuh.
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara pada waktu subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2. Menitikberatkan tatacara menjaga kebersihan.
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa, demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
3. Tidak pernah makan berlebihan.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Salah satu sumber penyakit adalah datangnya dari perut (makanan). Amalan pemakanan yang tidak betul dan berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh memudharatkan tubuh kita. Galakan berpuasa merupakan suatu bentuk terapi yang boleh mengistirehatkan perut disamping menyihatkan tubuh badan kita.
4. Gemar berjalan kaki.
Rasulullah saw berjalan kaki ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah-rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan dengan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5. Tidak pernah iri hati.
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. Banyakkanlah berdoa: “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
6. Tidak pemarah.
Nasihat Rasulullah ‘JANGAN MARAH’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad sahaja tetapi merangkumi juga kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.
7. Pemaaf.
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah saw, Insya-Allah akan dikupas pada masa-masa yang mendatang.
Dipetik daripada:hsgbuloh.moh.gov.my
Daripada:Muhammad Arif Solihin Bin Mohd Syukri
Kelas:5Amanah
Sekolah:SekolahKebangsaanPusat

Thursday, 19 December 2013

Puisi Sahabat

                           PERSAHABATAN ADALAH HIDUP 



ia mengalir di darahku
bergetar di nadiku
berirama dengan tiap detak jantung
persahabatan adalah kokoh

setegar batu karang
seperti tembok cina
meski raga tumbang
ia akan selalu tegak dalam dada yang memendam langit
nyanyian ini untukmu kawan

untuk setiap gelas yang tak sempat kau teguk
untuk kebahagiaan yang belum lama kau rasakan
dari luka yang panjang
nyanyian ini untukmu kawan
untuk setiap langkah yang kau jejakkan

pada jalan-jalan takdir yang menggurat di telapak kaki
untuk kebersamaan kita di detik terakhir
dan untuk semua kebisingan ini
persahabatan adalah nyanyian
ia mengaun dalam setiap desah nafasku




Dimuatnaik : Nurhakikat Bt Mohd Zor (5f)

Pantun Peribahasa

jjPOPANTUN PERIBAHASA 









Kayu keras si kayu kampas
Alas tempat orang berjudi
Ada beras kerja pun deras
Ada padi kerja pun menjadi

Tinggi sungguh Gunung Daik
Mercunya nampak terang berkelium
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau

Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri

Pergi ke rumah Cik Mariam
Ramai orang tengah berjaga
Carik-carik si bulu ayam
Lama-lama bercantum juga

Kalau ada duit sekupang
Boleh beli cuka mentahun
Habis padi burung terbang
Bagai ulat tak kenangkan daun

Berakit-rakit kehulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

Kehulu memotong pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Jangan jadi sesal kemudian

Kerat kerat kayu diladang
Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang
Barat lagi bahu memikul


Dimuatnaik : Nurhakikat Bt Mohd Zor (5f)

Saturday, 14 December 2013

PANTUN JENAKA

      PANTUN JENAKA






Atas pucuk kayu ara
Lebat daunnya pokoknya rindang
Hilang kedalam bilik nak dara
Cuma meminta rokok sebatang

Ambil segulung rotan saga
Sudah diambil mari diurut
Duduk termenung harimau tua
Melihat kambing mencabut janggut

Sudah diambil mari diurut
Diurut dibawah pokok sena
Melihat kambing mencabut janggut
Gajah pula mengorek telinga

Ambilkan bilah pokok sena
Jadikan lata tempat berhandai
Andaikan gajah korek telinga
Giliran buaya hajat berinai

Jadikan lata tempat berhandai
Terbang sekawan burung belibis
Giliran buaya hajat berinai
Pipit pula membilang tasbih

Ambil sejimpit beras dan bertih
Ditabur penawar merubah nasib
Andaikan pipit membilang tasbih
Tafakur elang membaca ratib

Ditabur penawar merubah nasib
Nasib baik bukan sebarang
Tafakur elang membaca ratib
Melihat sitikus mengasah parang

Janda berhias merambah karang
Sirih kuning disangka serai
Melihat tikus mengasah parang
Datang kucing meminta damai

Sirih kuning disangka serai
Dijemur panas daunnya kering
Melihat kucing meminta damai
Ayam memasak pulut kuning



Dimuatnaik oleh : Nur Hakikat Binti  Mohd Zor (5Fatanah )

Wednesday, 11 December 2013

Peribahasa Melayu

                PERIBAHASA MELAYU


Dayung sudah dI tangan, perahu sudah di air
Maksud : Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek pana
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat
antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arangMaksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.                    

Daripada : Nurhakikat bt mohd zor ( 5f ) 
Dipetik Daripada : penyair.wordpess.com

Monday, 9 December 2013

SKP Mengalamai Banjir terburuk Dalam Sejarah

Pada 5hb. Disember 2013, SKP mengalami banjir terburuk dalam sejarah sekolah. Kali ini air naik sampai di atas Dewan sedalam  lebih 1/2 meter sehingga naik ke atas pentas. Dewan dan kelas diselaputi lumpur tebal. Kerusi meja Tahap 1 yang disusun di dewan hanyut sampai ke pagar padang hampir dengan asrama. Kerusi, meja, pasu bunga dan sebagainya bergelimpangan. Gambar di bawah telah diambil apabila air mula surut pada 8hb.12.2013.











.

Tuesday, 3 December 2013

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN MENGHADAPI BANJIR

Panduan dan Langkah Menghadapi Banjir

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
• Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
• Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
• Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
• Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
• Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
• Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
• Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
• Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
• Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
• Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
• Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN

• Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
• Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
• Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
SEMASA BANJIR  - DI DALAM KENDERAAN

• Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
• Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat
SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH

• Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
• Bersedia dengan peralatan kecemasan.
• Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH
• Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
• Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
• Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
• Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
• Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
• Jangan minum air banjir.

SELEPAS BANJIR
• Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
• Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
• Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
• Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
• Pakai kasut.
• Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
• Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
• Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
• Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
• Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
• Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
• Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
• Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
• Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
• Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
Sumber maklumat: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Daripada:Muhammad Arif Solihin Bin Mohd Syukri
Dipetik:http://pmr.penerangan.gov.my
Kelas:5Amanah
Sekolah:Sekolah Kebangsaan Pusat

Monday, 2 December 2013

BANJIR DI SK PUSAT

Gambar ini diambil pada pukul 5.00 petang, Isnin 2.12.2013





Semoga semua selamat dalam cuti ini. Dengan itu jangan lupa solat dan berdoa kepada Allah s.w.t.

Sunday, 24 November 2013

CONTOH KARANGAN UPSR

Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu.  Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah  yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai  pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan  untuk menceriakan kawasan sekolah.

Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah  mengadakan program bergotong-royong.  Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah.  Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing.  Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.

Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam  pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar.  Dalam situasi ini,  pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula.  Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.”  Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah.  Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.

Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu.  Melalui aktiviti ini,  setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi.  Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan.  Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin.  Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga  kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program  3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikin  kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan  dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut.  Hal ini akan  memangkinkan semangat pihak sekolah  untuk memastikan program berjaya diadakan.  Sebagai impaknya,  program 3K perlu diadakan di sekolah.

Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.
dipetik daripada:contohkaranganbahasamelayu20.blogspot.com
 Daripada:Muhammad Arif Solihin Bin Mohd Syukri
Kelas:5Amanah
Sekolah:Sekolah Kebangsaan Pusat

WetWorld ShahAlam









Taman tema rekreasi pertama di Shah Alam, Wet World sangat sesuai untuk seisi keluarga bersantai di tengah Bandar Anggerik yang permai ini. Wet World yang penuh warna-warni terletak di pinggir Tasik Shah Alam dibuka pada tahun 1995. Berbagai-bagai permainan seperti gelongsor air berbukit atau "monsoon buster" yang terpanjang di dunia dan pertama terdapat di rantau Asia. Waktu Operasi :                           1.00 ptg - 7.00 malam (Isnin - Jumaat)                         10.00 pagi - 7.00 malam (Sabtu - Ahad)*Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu
Bayaran Masuk (terkini) :Hari Isnin, Selasa, Khamis & JumaatKetinggian melebihi 130cm = RM20.00Ketinggian melebihi 90cm - 130cm = RM16.00
Hari Sabtu, Ahad, cuti sekolah & cuti amKetinggian melebihi 130cm = RM20.00Ketinggian melebihi 90cm - 130cm = RM16.00



Nurhakikat Bt Mohd ZorDipetik dari : www.wetworld.blogspot.com

Thursday, 21 November 2013

WASIAT UNTUK REMAJA - SIRI 6


“Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada-Ku”
                                                                                                            Surah az-dzariyat: 56

Para remaja yang soleh dan solehah sekalian,
Lihatlah mentari yang mula naik di ufuk timur pada waktu pagi dan dan menghilang di ufuk barat pada waktu senja. Perhatikan pucuk-pucuk muda yang segar selepas hujan dan daun-daun kering yang berguguran. Renungi burung yang berterbangan, air yang mengalir dan gunung yang menunjangi bumi dengan kukuhnya. Semua itu ada pengajaran untuk diambil. Semua itu ada hikmah dan tujuan yang ditentukan Allah pada  kejadiannya. Bagaimanakah pula tentang kejadian kita yang menjadi khalifah di bumi ini?

Persoalan pokok tentang kejadian manusia mungkin pernah kalian fikirkan. Kalian tertanya-tanya mengapa Allah jadikan kita dan atas tujuan apa Allah jadikan manusia. Mungkin selama ini kita sibuk sehingga tidak berkesempatan untuk mencari jawapannya. Kita hanya menghabiskan masa dengan  kerja buat  yang dipandu oleh matlamat kita sendiri.

Para remaja yang dikasihi lagi disayangi sekalian,
Ayat di atas dari surah azd-dzariyat menjadi jawapannya wahai anak-anak remajaku. Maknanya cukup jelas dan mudah difahami. Itulah sebenarnya Allah menjadikan kita dan manusia seluruhnya. Kita diciptakan bukan untuk sesuatu tujuan yang tidak pasti. Kita juga tidak diciptakan untuk sibuk dengan urusan sendiri. Apalagi kalau kita tenggelam dalam keseronokan dunia yang penuh dengan hiburan dan tipudaya yang melalaikan. Itu sangat jauh menyimpang daripada tujuan Allah menjadikan kita. Itu kesesatan namanya.

Wahai remaja yang dirahmati semua,
Adakah kalian sedang bernafas atas landasan dan tujuan kalian diciptakan? Apakah ertinya beribadat seperti yang dimaksudkan Allah dalam surah di atas? Ibadat itu luas maksudnya wahai anak-anak remajaku. Ibadat bermakna mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Beribadat bererti kita menjadi hamba dan memperhambakan diri kepada Yang Maha Pencipta. Solat, puasa dan berzikir adalah ibadat. Belajar dan bekerja untuk Islam juga ibadat. Tidur juga ibadat. Malah tidak melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah juga dinamakan ibadat. Semuanya menjadi ibadat apabila dilakukan mengikut syariat dan peraturan Allah. Semuanya menjadi ibadat apabila dilakukan kerana Allah.

Anak-anak remajaku berada pada jalan yang benar sekiranya kalian melakukan aktiviti dan rutin kehidupan selaras dengan kehendak agama. Kalian menepati tujuan diciptakan seperti yang telah difirmankan oleh Allah dalam ayat suci di atas. Kalau anak-anakku berada di jalan yang bertentangan dengan perintah Allah , ayahanda menyeru kalian membetulkan semula langkah di bumi yang bersifat sementara ini.  Tinggalkanlah amalan yang melalaikan diri kalian  daripada mengingati dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Ingatlah bahawa sesiapa yang gagal melakukan pengabdian diri kepada Ilahi bererti dia gagal menepati tujuan Allah menciptanya. Sudah pasti balasan yang amat menakutkan menanti manusia yang menyimpang hidupnya daripada landasan agama. Ayahanda yakin pesanan ini dapat menjadi renungan kalian. Ayahanda doakan keselamatan dan kesejahteraan untuk kalian wahai permata hati.

                        Buluh perindu tumbuh di hutan,
                                    Dibuat serunai merdu sekali;
                        Taat beribadat kepada Tuhan,
                                    Baru menjadi hamba sejati.

Monday, 18 November 2013

kelebihan mengamalkan surah Al-Fatihah

Sabda Rasulullah s.a.w:“Surah yang paling afdhal dalam Al-Quran ialah Surah Al-Fatihah:
 Sabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa membaca Surah Al-Fatihah, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti pahala orang yang membaca tujuh kali kitab Taurat, Injil, Quran, Suhuf Nabi Idris dan Nabi Ibrahim. Tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu dikurniakan kepadanya satu darjat di dalam syurga. Luas setiap darjat tersebut adalah jarak antara langit dan bumi”



Al-Fatihah: Khasiat ayat pertama
Apabila dibaca sebanyak 21 kali sebelum tidur, aman dari gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan mati secara mengejut. Apabila  dibaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, Allah s.w.t akan hinakan orang tersebut dan diselamatkan dari kejahatannya. apabila dibaca sebanyak 100 kali di atas tempat yang sakit selama 3 hari. InsyaAllah hilang kesakitan tersebut. Apabila dibaca sebanyak 786 kali pada sebekas air yang suci, lalu diminum ketika terbit matahari selama seminggu (7 hari). InsyaAllah ia akan dikurniakan kecerdikan yang luar biasa dan dapat menghafal sesuatu ilmu dengan mudah.


Al-Fatihah: Khasiat ayat kedua
Jika ditulis pada sekeping kertas;  lalu direndam ke dalam minyak yang baru (yang belum digunakan). Kemudian disapukan pada gigi yang sakit. InsyaAllah afiat.   Ayat   jika ditulis pada mangkuk atau pinggan putih lalu dihapuskan dengan minyak wangi. Minyak wangi tersebut disapu pada muka sebagai pengasih dan seri muka.


Al-Fatihah: Khasiat ayat ketiga
Apabila ditulis dua kalimah ini sebanyak 5o kali pada sekeping kertas, kemudian membaca ke atas kertas tersebut sebanyak 150 kali. Bawalah ia ke mana-mana saja, khususnya ketika hendak menghadap orang yang zalim. InsyaAllah aman dari kejahatan mereka. Bacalah sebanyak 40 kali di telinga orang yang kerasukan iblis dan jin. InsyaAllah pulih. Kalimah  jika dibaca sebanyak 1000 kali sehari, selama tiga hari berturut-turut ke atas orang yang sakit berpunca dari angin seperti angin ahmar. InsyaAllah afiat. Jika ditulis sebanyak 19 kali pada sekeping kertas, lalu dijadikan azimat oleh wanita yang mandul atau diletakkan pada pokok yang tidak berbuah. InsyaAllah dengan berkat nama Allah.


Al-Fatihah: Khasiat ayat keempat
 Tulislah ayat ini pada sekeping perak atau emas, kemudian pahatkanlah pada empat penjuru tiang rumah yang baru didirikan atau pada haluan kapal dan perahu. InsyaAllah terpelihara dari bala, wabak, kebakaran, karam serta dilimpahkan rezeki yang tidak terhingga.

Al-Fatihah: Khasiat ayat kelima

Tulislah ayat  pada sekeping kertas, lalu dimasukkan ke dalam buluh atau botol. Kemudian ditutup supaya tidak dimasuki air. Setelah itu tanamlah di tengah-tengah bendang atau kebun. InsyaAllah subur dan terpelihara. Bacalah ayat  sebanyak tiga kali senafas ketika bertemu binatang liar atau orang yang jahat. InsyaAllah lemah hatinya dan terpelihara dari kejahatan tersebut.


Al-Fatihah: Khasiat ayat keenam
Jika ada orang yang hendak berbuat zalim, bacakan ayat ini sebanyak 3 kali senafas dengan tekad yakin lalu dihembuskan ke mukanya. InsyaAllah berubah. Jika lupa apa yang telah dihafal, bacalah ayat ini sebanyak mungkin sambil berselawat ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. InsyaAllah, Allah akan mengembalikan ingatannya itu.



Al-Fatihah: Khasiat ayat ketujuh
Apabila sesat, bacalah ayat  sebanyak 3 kali dalam satu nafas, kemudian tutup mata pada kadar satu saat. InsyaAllah ditunjuki jalan yang betul. Apabila kehabisan air atau makanan ambillah daun kayu yang boleh dimamah dan bacalah  sebanyak 7 kali, kemudian daun itu dikunyah sehingga lumat, diperah airnya dan disapukan pada leher. InsyaAllah terpelihara dari lapar dan dahaga. Apabila dikepung oleh musuh, ambillah segenggam tanah dan bacalah  kemudian hembur tanah itu di hadapan musuh-musuh tersebut. InsyaAllah selamat. Jika ada orang yang sangat marah, bacakanlah  sebanyak 7 kali kemudian hembuskan ke hadapannya. InsyaAllah hilanglah kemarahannya dan jadi jinak.  
Dipetik daripada:amalankelebihan.blogspot.com
Daripada:muhammad Arif Solihin Bin Mohd Syukri
Kelas5Amanah
Sekolah:Sekolah Kebangsaan Pusat