Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam
sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar
menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya
menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa
selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata
peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak dalih.” Oleh itu, pihak
sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan
kawasan sekolah.
Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah
mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus
diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu
melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk
memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga
kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan
mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan
dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk
aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah
atau membersihkan longkang.
Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah.
“Program Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam pokok-pokok
bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah.
Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam
situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah
untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut
dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau
bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk
menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit
yang kaku.
Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat
bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok
untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan ,
“sekolahku syurgaku.” Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak
sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh
bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk
mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan
kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh
melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan
kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai
untuk belajar.
Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap
minggu. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas
masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin
tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi. Guru bertugas
harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas
terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas
terbersih akan diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor
perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci
tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan
tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.
Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K
bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam
program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam
keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikin kerana pihak
sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke
semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat
pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan
semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan.
Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah.
Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan
sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah
perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.
dipetik daripada:contohkaranganbahasamelayu20.blogspot.com
Daripada:Muhammad Arif Solihin Bin Mohd Syukri
Kelas:5Amanah
Sekolah:Sekolah Kebangsaan Pusat
No comments:
Post a Comment