VIDEO SKP DI YOUTUBE

VIDEO HARI ANUGERAH 2013,

Wednesday, 30 October 2013

Keajaiban Kaabah

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia” (Al-Maa’idah:97)
Makkah ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.
Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah. Mekah merupakan tanah suci di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia.
Menurut sejarah Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam as. Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as membina semula Kaabah, seterusnya pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Maka berlakulah beberapa rentetan peristiwa pembinaan semula Kaabah selepas itu.
Berikut adalah 16 perkara tentang Kaabah menurut kajian sains yang tidak diketahui ramai:
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
9. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
10. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
11. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
12. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
13. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
14. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
15. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
16. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Wallahu’alam….
 
 
 
Dipetik daripada:Blog Ammar
Daripada:Muhammad Shakeer
Kelas:5Fatanah
Sekolah:Sekolah Kebangsaan Pusat

Tuesday, 29 October 2013

GAMBAR ACARA SUKAN SKP

Berikut ialag gambar sekitar acara sukan yang dipertandingkan pada hari Selasa 29 OKTOBER 2013.
Cikgu Hafis betulkan teknik lontar peluru.

Peluru dah sangkut kat dagu.

Menunggu giliran untuk melontar peluru.

.
Acara lompat tinggi menarik minat.

Teknik lompat Ultraman.

Tengok , aku boleh duduk atas palang.
Jangan lupa Hari Sukaneka 31 OKTOBER 2013. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkannya.

Sunday, 27 October 2013

Fakta-Fakta Menarik Tentang Haiwan

HAIWAN YANG TIDUR BERDIRI :

 

Macam mana kuda boleh tidur berdiri tanpa jatuh? Sebenarnya, kuda memiliki keunikan untuk sistem saling mengunci antara ligamen2 dan tulang2 pada kaki . Sistem ini berfungsi menampung berat badan kuda tanpa kekejangan. Hal ini kerana dalam keadaan demikian otot2 kuda betul2 rileks. Sebab tu jugaklah, kuda tidak keluarkan tenaga untuk berdiri sebab kaki kuda saling mengunci dalam posisi yang tepat masa tidur.

Kebanyakan kuda tidur sambil berdiri, tetapi pola tidur ni akan berubah2. Hakikatnya bukanlah sesuatu yang tidak normal jika kuda berdiri terus-menerus sampai satu bulan atau lebih. Sebab kuda tu berat namun memiliki tulang yang relatif rapuh, berbaring dalam posisi lama dapat menyebabkan kejang otot.

Dipetik Daripada:marikenalhaiwan.blogspot.com
Daripada:Muhammad Arif Solihin Bin Mohd Syukri
kelas:5Amanah
Sekolah:Kebangsaan Pusat Kemaman 

SKP JOHAN PERTANDINGAN 3K PERINGKAT NEGERI

 SEKOLAHKU CANTIK 2


Nama SK. Pusat, Kemaman terus cemerlang. Setelah menjuarai Khatam al-Quran peringkat daerah, sekolah kita juga menjadi JOHAN Pertandingan Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan (3K) peringkat negeri Terengganu. Syabas diucapkan kepada semua warga SKP. Teruskan mengekal dan mengangkat martabat sekolah kita.

Saturday, 26 October 2013

SK PUSAT JUARA KHATAM ALQURAN DAERAH KEMAMAN

TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH!Diucapkan kepada semua murid-murid kelas KAFA SK Pusat Kemaman yang terlibat dalam khatam al-Quran kerana Anugerah Khas. Seramai 180 orang murid berjaya khatam dan mendapat sijil dan wang sebanyak RM500.00.

Tahniah juga kepada semua guru-guru KAFA SK. Pusat atas daya usaha dan bimbingan cemerlang. Teruskan kecemerlangan pada masa akan datang.

Dari Cikgu Mohd Zor bin Ali
PK Pentadbiran 
SKP.

PERJUMPAAN PARA BLOGGER BAKATMINDA


Perjumpaan para blogger cilik telah berlangsung di rumah Cikgu Mohd Zor Ali pada hari Jumaat, 25 OKTOBER 2013 pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. Pelbagai ilmu dan maklumat dikongsi bersama demi memantapkan lagi persembahan blog Bakat Minda.

Semoga para blogger dapat menjalankan tugas dengan baik demi perkongsian ilmu dan dakwah.

Friday, 25 October 2013

Jenis-Jenis Dadah

MAKLUMAT ASAS
Dadah Opiat adalah campuran yang diperolehi daripada biji popi. Opiat berasal dari candu (opium) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver somniferum. Candu ini mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dan kemudiannya diasingkan dan diproses menjadi morfin dan seterusnya kodein.
Opiat
JENIS-JENIS
  • Opium(candu)
  • Heroin ( fit, ubat, panas, stuff)
  • Morfin (pokteh)
  • Kodein(ubat batuk)


KESAN PENGAMBILAN
Pengambilan bahan ini akan menjadikan penggunanya menjadi khayal(euphoria), ketagihan dan sindrom pengenduran/penarikan yang akhirnya kebergantungan yang berpanjangan sehingga menjejaskan fungsi kehidupan seharian seperti pembelajaran, pekerjaan , rumahtangga dan hubungan sosial.


MENGAPA IA BERBAHAYA?
Penyalahgunaan bahan ini terutamanya melalui cara suntikan mengakibatkan kesan buruk kepada anggota badan seperti kegagalan jantung, jangkitan penyakit seperti HIV/AIDS, radang hati (hepatitis B/C) , kemurungan/ kecelaruan mental, kebergantungan dan sindrom penarikan yang teruk seperti kekejangan otot dan sendi, sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit yang serius. Kesan overdos Opiat menyebabkan retensi urin, halusinasi, delirium, hyportermia.
 
Dipetik daripada :wecareweserve
 
Daripada:Muhammad Arif Solihin
Kelas:5Amanah
Sekolah:Sekolah Kebangsaan Pusat
 
 

Fakta-Fakta menarik tentang haiwan

Haiwan Unik

Axolotl ini adalah sejenis salamander. Digelar salamander Mexico (Ambystoma mexicanum) dan adalah berhubungan dekat dengan salamander harimau. Salamander spesies ini kekal dalam bentuk larva dan tidak mengalami pembesaran dan perubahan bentuk (metamorphosis), sehingga axolotl dewasa tetap bersifat akuatik dan memiliki insang.
Dipetik:marikenalhaiwan.blogspot.com
Daripada:Ahmad Syirhan
Kelas:5Amanah
Sekolah:Sekolah Kebangsaan Pusat

Kantin Sekolah SAya



Kantin Sekolah Saya

Sekolah saya ada sebuah kantin yang besar,cantik dan bersih. Dikantin sekolah saya terdapat lima buah gerai makanan. Banyak jenismakanan dijual di kantin sekolah saya seperti nasi lemak,migoreng,laksa,kari mi, mi jawa, air sirap ,keropok, kuih-miuh dan lain-lain lagi. Harga makanan sangat murah .Makanan di kantin sekolahsaya sangat enak dan sedap.
Pada waktu rehat, murid-murid membeli makanan di kantin sekolahsaya. Murid-murid beratur untuk membeli makanan. Suasana di kantinsungguh ruih-rendah. Guru-guru menasihatkan murid-murid menjagakebersihan kantin di sekolah.

Karangan : Cikgu Asiah
NUR HAKIKAT BT MOHD ZOR

Kisah Menarik - Islamnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq ra


dari:muhammad zahiruddin

5 amanah



Jabal Tsur terletaknya Gua Tsur tempat persembunyian 
Rasulullah SAW dan Saiyidina Abu Bakr semasa Hijrah.



 

Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a adalah manusia paling agung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah SAW. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya untuk Islam, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah umat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tutur bahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya baik dahulu mahupun sekarang. 

Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi Rasulullah SAW. Nama sebenar Sayyidina Abu Bakar As Siddiq adalah Abdullah bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya dan dari keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana lazim dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain.

Dari segi umur, Sayyidina Abu Bakar r.a adalah dua tahun lebih muda dari Rasulullah SAW dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah SAW menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang paling banyak berkorban harta benda untuk menegakkan Islam di samping Nabi Muhammad SAW.

Besarnya pergorbanan beliau itu sehingga Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pergorbanan Sayyidina Abu Bakar r.a. Adapun gelaran As Siddiq yang dberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi Muhammad SAW.

Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud yang diceritakan sendiri oleh Sayyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Sayyidina Abu Bakar r.a memeluk agama Islam.

Kata Sayyidina Abu Bakar r.a, “Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kita-kitab dan mengajar ramai murid. Dia berkata kepadaku:

“Aku kira tuan datang dari Tanah Haram.”

“Benar,” jawabku.

“Aku kira tuan berbangsa Quraisy?”

“Benar,” ujarku lagi.

“Dan apa yang aku lihat, tuan dari keluarga Bani Tamim?”

“Benarlah begitu,” tambahku selanjutnya.

Orang tua it terus menyambung katanya, “ Ada satu hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu?”

Maka pada ketika itu aku pun berkata,” Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.”

Maka ujar orang tua itu, “Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua orang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separuh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.”

Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, “Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!”

Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kerana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri itu, aku sekali lagi pegi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, “Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?”

“Boleh sahaja,” jawabku.

Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, “Adakah engkau tahu apa yang sudah terjadi?”

Maka ujarku pula, “Apakah yang terjadi itu?”

Jawab mereka, “Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingatkan engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.”

Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, “Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tuan dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dari kepercayaan nenek moyang kita.”

Maka ujar baginda, “Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk seluruh umat!”

Aku pun bertanya baginda, “Apa buktinya?”

Jawab Baginda, “Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.”

Aku menambah lagi, “Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?”

Baginda menyambung, “Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!”

Aku terkejut mendengarkannya kerana hal itu tiada sesiapa pun yang mengetahuinya. Lalu aku bertanya, “Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?”

Maka ujar baginda, “Malaikat yang pernah menemui nabi-nabi sebelumku.”

Akhirnya aku berkata, “Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang ku sembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya pesuruh Allah”

Demikian kisah indah yang meriwayatkan bagaimana Islamnya Sayyidina Abu Bakar as Siddiq. Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki pertama yang beriman kepada Rasulullah SAW.

Keislaman Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a telah membawa pengaruh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Sayyidina Usman bin Affan r.a, Sayyidina Abdul Rahman bin Auf r.a, Sayyidina Saad bin Waqqas r.a menuruti jejak langkahnya.

Semenjak memeluk Islam, Sayyidina Abu Bakar r.a telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai Rasulullah SAW. Seorang sahabat, Sayyidina Amru bin Al As r.a pernah suatu hari menanyakan Rasul, “Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayang!”

Baginda menjawab, “Siti Aisyah dan kalau laki-laki adalah bapanya.”

Selain itu, Sayyidina Abu Bakar as Siddiq r.a terkenal dengan keteguhan imannya, cerdas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Jika ditimbang iman Abu Bakar As Siddiq dengan iman sekalian umat maka berat lagi iman Abu Bakar.”

Demikian teguhnya iman Sayyidina Abu Bakar r.a. Gelaran As Siddiq yang diberikan terhadap dirinya itu lantaran sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta membela diri Rasulullah SAW. Andainya sekalian umat manusia mendustakan Muhammad SAW, Abu Bakar r.a pasti akan tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.

Setelah memeluk Islam, Sayyidina Abu Bakar menyerahkan seluruh kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan perjuangan menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad SAW. Beliau telah mengorbankan seluruh harta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang ditangkap atau diseksa. Beliau juga telah membeli hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang daripadanya ialah Sayyidina Bilal bin Rabah r.a.

Tatkala Nabi Muhammad SAW selesai melakukan Israk dan Mikraj, segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah SAW telah pergi menemui Sayyidina Abu Bakar r.a untuk mendengarkan apa pendapatnya tentang dakwaan Muhammad SAW itu.

Sebaik mendengarnya, Sayyidina Abu Bakar terus berkata,” Adakah Muhammad berkata begitu?”

Sahut mereka, “Benar!”

Maka ujar Sayyidina Abu Bakar r.a, “Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu.”

Lalu mereka pun terus menyambung, “Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhamamad sampai ke tanah Syam yang jauhnya sebulan perjalanan, hanya dalam satu malam?”

Maka sahut Abu Bakar sungguh-sungguh, “Benar! Aku percaya! Malah lebih dari itu pun aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dari langit yang diberitakannya, baik pada waktu siang mahupun di waktu malam!”

Demikian hebatnya keyakinan sahabat yang paling utama itu. Oleh kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah diberi gelaran
 As-Siddiq, ertinya yang membenarkan oleh Rasulullah SAW.

Tidaklah menghairankan sikap Abu Bakar itu. Beliau telah lama mengenali Muhammad SAW, bukan sehari dua. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu sentiasa berkata benar, tidak pernah bohong hingga digelar orang Al Amin.

Tatkala kekejaman musyirikin Quraisy terhadap kaum muslimin yang sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad SAW telah memberitahu Sayyidina Abu Bakar r.a supaya menemaninya dalam hijrah tersebut. Dengan perasaan gembira tanpa sedikit kebimbangan pun Sayyidina Abu Bakar r.a menyambut permintaan Rasulullah SAW.

Dari pintu belakang rumah Sayyidina Abu Bakar r.a, Rasulullah SAW bersama-sama Sayyidina Abu Bakar menuju ke Gua Tsur dan bersembunyi di situ. Pada saat suasana amat kritikal, Sayyidina Abu Bakar r.a diserang kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana Rasulullah SAW sedang bersembunyi, maka turunlah ayat suci Al Quran dari Surah At Taubah yang isinya memuji Sayyidina Abu bakar As Sidiq, sebagai ‘orang kedua’ sesudah Nabi Muhammad SAW dalam Gua Tsur. Dalam pada itu Rasulullah SAW pun mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh kerananya Rasul SAW berkata, “Apakah yang mengelisahkanmu, bukankah Allah bersama kita?”

Kemudian Rasulullah SAW berkata, “Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini, kita masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu,” ujar Rasulullah SAW sambil menunjukkan ke belakang mereka.

SayyidinaAbu Bakar r.a pun menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu, padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar r.a tatkala di dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya diragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa Baginda Rasul.

Beliau pernah berkata kepada Baginda Nabi saw,”Yang saya bimbangkan bukanlah diri saya sendiri. Kalau saya terbunuh, saya hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andai kata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur ialah Islam.”

Ucapan antara dua orang sahabat tatkala dalam gua tersebut di dalam Al-Quran pada Surah At-Tawbah ayat 40:



“Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dari kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, di kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar) : Jangan engkau berdukacita, sesungguhnya Tuhan bersama kita. Tuhan menurunkan ketenangan kepadanya dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang kafir itu paling rendah dan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.”

Demikian satu lagi keistimewaan Sayyidina Abu Bakar As Siddiq sebagai seorang sahabat yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan bersama-sama Rasulullah SAW dalam menyampaikan seruan Islam. Sayyidina Abu Bakar r.a tidak bercerai jauh dengan Baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertai semua peperangan yang dihadapi Baginda. Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah habis digunakannya untuk kepentingan perjuangan menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah tergolong orang yang paling murah hati dan dermawan sekali.

Dalam perang Tabuk misalnya, Rasulullah SAW telah meminta kepada sekalian kaum Muslimin agar mengorbankan harta pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Sayyidina Abu Bakar r.a membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di hadapan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Sayyidina Abu bakar r.a bagi tujuan jihad itu maka Rasulullah SAW menjadi terkejut lalu berkata padanya:

“Wahai Abu Bakar, kalau sudah semua harta bendamu kau korbankan, apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?”

Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a dengan tenang menjawab, “Saya tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya.”

Demikianlah kehebatan jiwa Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a, suatu contoh kemurahan hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah bersabda bahawa tegaknya agama Islam itu lantaran harta benda Siti Khadijah dan juga Sayyidina Abu Bakar as Siddiq. Tepatlah juga kiranya iman Sayyidina Abu Bakar r.a ditimbang dan dibandingkn dengan iman seluruh umat manusia maka berat lagi iman Sayyidina Abu Bakar r.a. Beliau memang manusia luar biasa. Kebesarannya telah ditakdirkan oleh ALLAH SWT untuk menjadi teman akrab Rasulullah SAW.

Pada suatu ketika di saat Rasulullah SAW membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa:  “…kepada seseorang hamba Allah yang apabila ditawarkan untuk memilih dunia atau memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan…”

Maka ketika mendengar khutbah Nabi demikian itu, Sayyidina Abu Bakar r.a lalu menangis tersedu-sedu, kerana sedih dan terharu sebab beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksudkan dalam isi khutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan Sayyidina Abu Bakar r.a dibanding dengan para sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul hampir dekat.

Keunggulan beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah SAW di kala umat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatannya. Ketika itu Sayyidina Abu Bakar sedang berada di Kampung As Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah SAW itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Tanpa lengah-lengah lagi Sayyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan disanalah beliau dapati tubuh Rasulullah SAW terbujur di satu sudut di rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah SAW dan mengucup dahinya, sambil berkata,”Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya ketika engkau ketika mati!”

Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada keras:

“Wahai kaum muslimin! Barang siapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barang siapa menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati!”

Seraya menaymbung membacakan sepotong ayat dari Al-Quran:

“Muhammad itu tidak lebih dari seorang Rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh, patutkah kamu berundur ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.”

Sejurus sahaja mendengar ayat itu, kaum muslimin pun mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Mereka tentunya telah pernah dengar ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah SAW telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan ramai pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami oleh Sayyidina Abu Bakar r.a . Ini jelas membuktikan kecerdasan Sayyidina Abu Bakar As Siddiq dalam memahami Islam.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Sayyidina Abu Bakar r.a telah menjadi khalifah umat Islam yang pertama. Beliau telah memberikan ucapannya yang terkenal iaitu:

“Wahai sekalian umat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tidak baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat di sisiku hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada disisinya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan Rasul-Nya. Akan tetapi jika aku menderhakai Allah, maka kamu sekalian tidak harus lagi patuh kepadaku.

“Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah SAW adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorang pun juga di antara kamu.”

Ini adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh orang rakyat jelata kerajaan Rom dan Parsi yang memerintah dunia Barat dan Timur ketika itu. Sayyidina Abu Bakar hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan,

“Ya Khalifah Allah!”

Beliau dengan segera memintas cakap orang itu dengan katanya:

“Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah Rasul-Nya!”

Adalah diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah terpilih sebagai Khalifah, Sayyidina Abu Bakar r.a kelihatan membawa barang perniagaanya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati beliau, di antaranya Sayyidina Abu Ubaidah bin Jarrah. Sahabat besar itu berkata, “Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga!”

Lalu Abu Bakar r.a bertanya, “Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku?”

Demikian sedihnya nasib yang menimpa Sayyidina Abu Bakar r.a sebab walaupun kedudukannya sebagai Ketua Negara namun belum ada lagi ketetapan bagi seseorang ketua pemerintah Islam memperolehi peruntukan dari harta kerajaan. Keadaan ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan bantuan secukupnya buat Khalifah dan keluarganya yang diambil dari Baitul Mal. Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan usaha perniagaannya kerana hendak memusatkan seluruh tenaganya untuk mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifah.

Semasa bertugas sebagai Khalifah, beliau menerima peruntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun. Peruntukan itu tidak dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan di penghujung umurnya beliau telah memerintahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.

Sebelum wafat, Sayyidina Abu Bakar r.a telah memanggil Sayyidina Umar r.a lalu berkata, “Dengarlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini, laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahari terbit pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala bantuan kepada Al Munthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun besarnya dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah kulakukan tatkala Rasulullah SAW wafat sedangkan wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan mendapat seksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah ini telah menjadi lautan api.”

Sayyidina Abu Bakar As Siddiq menjadi khalifah dalam masa dua tahun sahaja. Walaubagaimanapun beliau telah meletakkan asas pembangunan sebuah pemerintahan Islam yang teguh dan kuat. Beliau juga berjaya mengatasi berbagai masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. Dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembara-lembaran yang abadi.

Sungguh kehidupan Sayyidina Abu Bakar As Siddiq adalah penuh dengan nasihat, penuh dengan ajaran serta kenangan-kenangan yang indah mulia. Selama dua tahun pemerintahannya itu beliau telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan kekuatan Islam. Beliau telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi memelihara kepercayaan kaum muslimin dan bagi memelihara keagungan agama Islam. Bahkan beliau telah mengakhiri riwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian daripada negeri Iraq, lalu pulang ke rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur baginda menginjak 63 tahun. Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah SAW di Masjid Nabi, Madinah.

Semoga riwayat serta perjuangan beliau dan para sahabat, dapat kita contohi terutama di dalam menyokong setiap langkah Abuya bagi membuktikkan kata-kata Rasulullah SAW bahawa Islam akan menapaki kegemilangannya untuk kali kedua di sebelah Timur oleh Al Mahdi bersama-sama pemegang panji-panjinya iaitu Putera Bani Tamim.

Sajak HIDUP BERSAMA

Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.

Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian
 
Karya:A.Samad Said
Daripada:Muhammad Shakeer
Kelas:5Fatanah
Sekolah:Sekolah Kebangsaan Pusat

Cara-cara menjaga kesihatan diri


                    


KARANGAN UPSR (fakta) : Cara-cara menjaga Kesihatan Diri

SOALAN : Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.
Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.


Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga.

Posted by : Cikgu Nik        Anis Izaty Bt Ahmad Zamri

Sajak Kemerdekaan Baru,Dari Wan Mohd Faris,5 Amanah

GERHANA BULAN

Posisi bulan tepat berada di antara matahari dan bumi. Pada gerhana Bulan separa, posisi Bumi berada di tengah antara matahari dan bulan. Di permukan bulan akan terlihat bayangan Bumi yang menutupi sedikit demi sedikit bahagian bulan.

BUDI BAHASA AMALAN KITA

Marilah berbudi bahasa


Buah cempedak masak di dahan
        Ambil sebiji makan bersama
Budi bahasa jadikan amalan
        Rukun damai kita semua.

Wednesday, 23 October 2013

GAMBAR LAWATAN KE MELAKA

Di Taman Rama-rama Melaka


Berhenti Sarapan Sebelum Ke Taman Rama-rama

Ustazah Nurhafizah bergaya dengan murid-murid dekat Menara Taming Sari

Menimba ilmu di Muzium Orang Asli Melaka

Bergambar dengan replika orang Asli

Jutawan Kidzania

Dalam Menara Kuala Lumpur




.

Monday, 21 October 2013

ADAB-ADAB BELAJAR

Adab-adab menuntut ilmu.

KENALI MUSUH KITA

BIODATA LENGKAP IBLIS (Baca & Renungkanlah)
 

Nama : Iblis
Gelaran : Laknatullah 'Alaihi (semoga Allah melaknatnya)
Lahir : Sebelum diciptakan manusia 

Tempat tinggal : Toilet dan rumah yang tidak disebut nama Allah ketika memasukinya
Singgasana : Di atas air
Rumah masa depan : Neraka Jahanam, seburuk-buruk tempat tinggal Agama : Kafir
Jabatan : Pimpinan Umum orang-orang yang dimurkai Allah dan sesat
Masa Jabatan : Hingga hari Kiamat Karyawan : Setan jin dan setan manusia Partner dalam bekerja : Orang yang diam dari kebenaran
Agen : Dukun dan paranormal Musuh : kaum muslimin
Kekasih di dunia : Wanita yang hobi telanjang dan pamer aurat Keluarga : Para thaghut
Cita-cita : Ingin membuat semua manusia kafir
Motto : Kemunafikan adalah akhlak yang paling utama
Hobi : Menyesatkan manusia dan menjerumuskan ke dalam dosa Lukisan kesayangan : Tato
Mata pencaharian : Mencari harta yang haram
Makanan favorit : Bangkai manusia (ghibah)
Tempat favorit : Tempat-tempat najis dan tempat maksiat
Tempat yang dibenci : Majlis ilmu dan temat-tempat ketaatan
Alat komunikasi : ghibah (mengganjing), namimah (adu domba), dan dusta 

Jurus Andalan : 1. Memoles kebathilan 2. Menamakan maksiat dengan nama yang indah 3. Menamakan ketaatan dengan nama yang tidak disukai 4. Masuk melalui pintu yang disukai manusia 5. Menyesatkan manusia secara bertahap 6. Menghalang-halangi manusia dari kebenaran 7. Berlagak sebagai penasihat Kelemahan : 1. Tidak berkutik di hadapan orang yang ikhlas 2. kewalahan menghadapi orang yang berilmu 3. Lari dari suara adzan 4. Lari dari rumah yang dibacakan Al-Baqarah 5. Menyingkir dari orang yang berdzikir kepada Allah 6. Menangis ketika melihat orang bersujud kepada Allah. 
Ya Allah... Aku berlindung padamu dari Bisikan - Bisikan Godaan Syaitan yang terkutuk. Aamiin

SIRI PENGEMBARAAN AMIR MISTERI




"RAHSIA KEJAYAAN"
- karya Cikgu Mohd Zor Ali


Hafizah tidak berjaya membawa pulang apa-apa hadiah untuk ibu

bapanya. Dia begitu sedih kerana gagal dalam pertandingan mewarna itu.

Selama ini dia cuma menang apabila bertanding di peringkat sekolah. Dia tidak

sangka pertandingan mewarna peringkat daerah lebih mencabar. Ramai peserta

yang berbakat dalam bidang lukisan masuk bertanding. Ada yang membawa cat

air yang mahal-mahal dan berjenama. Berus lukisan pun hampir sedozen ; dari

saiz kecil hinggalah kepada saiz sebesar ibu jari orang dewasa.


            Awal-awal lagi Hafizah sudah lemah semangat. Dia anak petani di sebuah

kampung yang jauh dari bandar. Dia sudah suruh ayahnya membelikan untuknya

alatan melukis yang bermutu namun ayahnya tak mampu menyediakan itu

semua. Jadi Hafizah terpaksalah menggunakan apa yang ada. Semasa melukis,

Hafizah sempat menjeling lukisan orang lain. Dia rasa orang lain hebat. Aku tak

akan menang, bisik hatinya kesal.


            “Cuba lagi lain kali Fizah. Jangan mudah putus asa. Cikgu tengok lukisan

Fizah cantik juga. Mungkin Fizah kena usaha lagi, “ pujuk Cikgu Juliana.


            Hafizah memang suka melukis dan mewarna. Pada masa lapang, dia

akan melukis dan mewarna. Lukisan yang dirasakan cantik akan ditampal di

dalam biliknya sebagai hiasan. Di sekolah, selalu juga lukisannya ditampal oleh

Cikgu Juliana di dalam kelas. Namun kini Hafizah sedar bahawa dia tidak akan

maju dalam senilukis kerana dia miskin. Bapanya tak mampu menyediakan

kelengkapan melukis yang mahal dan mencukupi. Dia tidak akan masuk

bertanding lagi di peringkat daerah.


            Amir Misteri cuba menyelami masalah Hafizah. Dia tahu Hafizah kecewa

dan sudah patah semangat. Sikap ini tidak wajar diamalkan oleh sesiapa pun

lebih-lebih murid-murid yang berada di bangku persekolahan. Bagi Amir, Hafizah

perlu dibantu dan diberi motivasi. Kemiskinan tidak sepatutnya membantut

kejayaan Hafizah. Kalau sikap mudah putus asa dibiarkan tumbuh subur dalam

diri Hafizah, rosaklah masa depan anak gadis ini. Sikap negatif ini perlu dicantas

segera. Akarnya perlu dikerat-kerat. Yang mencantas dan yang mengerat-ngerat

itu sebaik-baiknya Hafizah sendiri.


            “Fizah, mahukah awak melihat lukisan yang saya buat?” tegur Amir ketika

Fizah sedang belajar di perpustakaan. Hafizah hairan kerana dia tidak pernah

kenal Amir. Dia juga tidak suka lelaki yang tidak dikenali menegurnya.


            “Awak siapa?”Tanya Hafizah ingin tahu.

            “Saya Amir. Saya suka melukis seperti awak juga. Nah, ini lukisan saya.”

Amir memperkenalkan diri sambil menunjukkan lukisannya kepada Hafizah.

Hafizah terkejut. Dia tidak percaya Amir mampu melukis secantik itu. Lukisan itu

berlatarbelakangkan pemandangan hidupan di dasar laut. Ikan, batu karang,

ketam dan tumbuh-tumbuhan sungguh cantik dan sesuai dengan warnanya.


            “Cantiknya lukisan awak. Betulkah awak yang melukis dan

mewarnakannya?” Hafizah bertanya bagai polis yang sedang membuat soal-

siasat. Kalau betullah itu hasil usaha Amir , dia ingin tahu lebih mendalam

tentang kebolehan Amir.

            “Kalau Fizah sudi, saya akan ajar Fizah tentang cara-cara melukis dan

mewarna dengan baik.”

            “Saya sudi kalau Amir sanggup ajarkan,” sambut Fizah dengan sekuntum

senyuman gembira.

            Setiap hari Isnin dan Khamis, Amir Misteri mengajar Hafizah melukis.

Kertas lukisan dan alatan melukis semua Amir sediakan. Hafizah kagum dengan

alatan melukis Amir yang mahal. Amir mengajar Hafizah cara-cara melukis dan

mewarna yang betul. Barulah Hafizah tahu bahawa melukis adalah satu kerja

yang memerlukan kemahiran dan kesabaran. Cara Amir melukis macam cara

orang dewasa. Sebahagian daripada cara Amir melukis dan mewarna belum

pernah dipelajarinya. Cikgu Juliana cuma mengajar lukisan sesuai untuk murid

Tahap 2. Namun Cikgu Juliana banyak membantu Hafizah dan memberi

panduan melukis dan mewarna kepada Hafizah.


            Selepas tiga bulan belajar melukis, Hafizah kini sudah menguasai teknik

melukis yang betul. Dia tidak lagi gopoh dalam menyiapkan lukisan. Dia tahu

tentang kelemahan dirinya selama ini. Kini dia tahu bahawa sesuatu kemahiran

itu mesti dipelajari dengan tekun. Sikap cepat mengalah dan berputus asa

adalah sifat orang merugikan diri sendiri.


            Sempena Hari Kebangsaan, suatu pertandingan mewarna dianjurkan.

Hafizah bersetuju untuk mewakili sekolah sekali lagi. Kali ini dia yakin akan

berjaya mengharumkan nama sekolah.


            “Fizah, saya doakan awak berjaya. Terimalah hadiah dari saya sebagai

kenang-kenangan.” Amir menghulurkan satu bungkusan yang dibalut cantik.

Hafizah menerimanya dengan rasa terharu. Dia tidak sangka Amir sanggup

menolong seorang murid miskin sepertinya.


            “Terima kasih Amir. Allah sahaja yang mampu membalas budi baik awak

terhadap saya,” demikian ucapan Hafizah yang benar-benar lahir dari lubuk

hatinya.


            Hafizah membuka bungkusan hadiah itu di rumah. Dia terkejut apabila

melihat satu set alatan mewarna yang mahal. Segala-galanya cukup lengkap.

Berus lukisannya tersusun dalam satu kotak. Dari batang berus yang paling

halus macam cacing hinggalah batang berus yang paling besar macam perut

lintah kekenyangan darah. Semuanya tersusun elok macam adik-beradik tidur

sebilik. Dengan alatan itulah Hafizah masuk pertandingan mewarna sempena

Hari Kebangsaan.

           
            Hafizah mewarna dengan sabar, tekun dan mengikut teknik-teknik

mewarna yang dipelajari dari Cikgu Juliana dan Amir. Dari bancuhan dan adunan

warnanya, semuanya menggambarkan kekemasan dan ketelitian kerja. Kini

giliran peserta-peserta lain pula yang menjeling ke arah lukisannya.


            Keputusan  pertandingan mewarna bagi setiap kategori sudah berada di

tangan hakim. Semua peserta berdebar-debar menanti keputusan dibaca.

Hanya Tuhan yang tahu betapa kuatnya jantung para peserta berdegup. Apabila

keputusan diumumkan, Hafizah bt. Tajudin dari Sekolah Kebangsaan Padang

Kemunting ternyata menjadi Johan bagi Kategori Tahap 2  Sekolah Rendah. Dia

mendapat hadiah sebuah basikal. Hafizah bangga kerana dapat mengharumkan

nama sekolah. Cikgu Juliana dan Amir juga turut bangga.


            Kini Hafizah tahu rahsia kejayaan ialah minat, usaha dan kesabaran.

Semua orang boleh berjaya. Hafizah ingin terus menempa kejayaan di peringkat

yang lebih tinggi pada masa akan datang. Dengan itu, dia ingin terus belajar dan

membaiki kelemahan diri. Buat masa ini, dia ingin mencium tangan Cikgu Juliana

yang banyak mendidiknya. Dan kepada Amir; dia ingin menyusun kata-kata;

terima kasih.