Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar Sekolah KebangsaanSeri Lalang Puan Normala Samsuddin, guru -guru dan rakan-rakan sekalian
Lebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana pada pagi yang ceria ini saya telah diberi peluang untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Warga Tua Perlu Dihormati
Hadirin sekalian
Semua orang sedar bahawa pada suatu hari nanti kita juga akan menjadi seorang tua.
Sukakah kita kalau generasi muda tidak menghormati kita? Jawapannya pastilah tidak Oleh itu, kita sewajarnya menghormati warga tua yang telah banyak berjasa kepada kita.
Orang tua sememangnya telah banyak menaburkan jasa kepada kita Contohnya kedua-dua ibu bapa kita. Sepanjang masa mereka telah mengasuh menyara hidup kita dan memberikan pendidikan kepada kita agar kita menjadi manusia yang berguna. Orang tua ibarat payung yang melindungi kita terutama ketika kita masih kecil. Kita seharusnya menghormati orang tua tanpa mengira bangsa dan agama.
Selain ibu bapa kita, guru-guru dan para pemimpin negara harus kita hormati juga. Cuba kita bayangkan kehidupan kita tanpa mereka. Mereka telah banyak berkorban bagi menjadikan kita generasi yang berilmu dan berguna. Sebagai generasi yang berhemah tinggi kita perlulah mempunyai rasa hormat terhadap mereka dan warga tua yang lain.
Untuk menghormati warga tua bukannya susah. Kita perlulah memiliki nilai-nilai luhur seperti beradab sopan, lemah-lembut tidak meninggikan suara dan senantiasa menjaga perasaan mereka.
Akhir sekali saya menyeru kepada generasi muda agar menghormati warga tua. Amalan ini bukan saja amalan mulia malah dituntut oleh setiap agama.
PENULIS:SAIDI PENGIRIM:syirhan 5amanah
No comments:
Post a Comment