"RAHSIA KEJAYAAN"
- karya Cikgu Mohd Zor Ali
Hafizah tidak
berjaya membawa pulang apa-apa hadiah untuk ibu
bapanya. Dia
begitu sedih kerana gagal dalam pertandingan mewarna itu.
Selama ini
dia cuma menang apabila bertanding di peringkat sekolah. Dia tidak
sangka
pertandingan mewarna peringkat daerah lebih mencabar. Ramai peserta
yang berbakat
dalam bidang lukisan masuk bertanding. Ada
yang membawa cat
air yang
mahal-mahal dan berjenama. Berus lukisan pun hampir sedozen ; dari
saiz kecil
hinggalah kepada saiz sebesar ibu jari orang dewasa.
Awal-awal lagi Hafizah sudah lemah
semangat. Dia anak petani di sebuah
kampung yang
jauh dari bandar. Dia sudah suruh ayahnya membelikan untuknya
alatan
melukis yang bermutu namun ayahnya tak mampu menyediakan itu
semua. Jadi
Hafizah terpaksalah menggunakan apa yang ada. Semasa melukis,
Hafizah
sempat menjeling lukisan orang lain. Dia rasa orang lain hebat. Aku tak
akan menang,
bisik hatinya kesal.
“Cuba lagi lain kali Fizah. Jangan
mudah putus asa. Cikgu tengok lukisan
Fizah cantik
juga. Mungkin Fizah kena usaha lagi, “ pujuk Cikgu Juliana.
Hafizah memang suka melukis dan
mewarna. Pada masa lapang, dia
akan melukis
dan mewarna. Lukisan yang dirasakan cantik akan ditampal di
dalam
biliknya sebagai hiasan. Di sekolah, selalu juga lukisannya ditampal oleh
Cikgu Juliana
di dalam kelas. Namun kini Hafizah sedar bahawa dia tidak akan
maju dalam
senilukis kerana dia miskin. Bapanya tak mampu menyediakan
kelengkapan
melukis yang mahal dan mencukupi. Dia tidak akan masuk
bertanding
lagi di peringkat daerah.
Amir Misteri cuba menyelami
masalah Hafizah. Dia tahu Hafizah kecewa
dan sudah
patah semangat. Sikap ini tidak wajar diamalkan oleh sesiapa pun
lebih-lebih
murid-murid yang berada di bangku persekolahan. Bagi Amir, Hafizah
perlu dibantu
dan diberi motivasi. Kemiskinan tidak sepatutnya membantut
kejayaan
Hafizah. Kalau sikap mudah putus asa dibiarkan tumbuh subur dalam
diri Hafizah,
rosaklah masa depan anak gadis ini. Sikap negatif ini perlu dicantas
segera.
Akarnya perlu dikerat-kerat. Yang mencantas dan yang mengerat-ngerat
itu
sebaik-baiknya Hafizah sendiri.
“Fizah, mahukah awak melihat lukisan
yang saya buat?” tegur Amir ketika
Fizah sedang
belajar di perpustakaan. Hafizah hairan kerana dia tidak pernah
kenal Amir. Dia
juga tidak suka lelaki yang tidak dikenali menegurnya.
“Awak siapa?”Tanya Hafizah ingin
tahu.
“Saya Amir. Saya suka melukis
seperti awak juga. Nah, ini lukisan saya.”
Amir memperkenalkan
diri sambil menunjukkan lukisannya kepada Hafizah.
Hafizah
terkejut. Dia tidak percaya Amir mampu melukis secantik itu. Lukisan itu
berlatarbelakangkan
pemandangan hidupan di dasar laut. Ikan, batu karang,
ketam dan
tumbuh-tumbuhan sungguh cantik dan sesuai dengan warnanya.
“Cantiknya lukisan awak. Betulkah
awak yang melukis dan
mewarnakannya?”
Hafizah bertanya bagai polis yang sedang membuat soal-
siasat. Kalau
betullah itu hasil usaha Amir , dia ingin tahu lebih mendalam
tentang
kebolehan Amir.
“Kalau Fizah sudi, saya akan ajar
Fizah tentang cara-cara melukis dan
mewarna
dengan baik.”
“Saya sudi kalau Amir sanggup
ajarkan,” sambut Fizah dengan sekuntum
senyuman
gembira.
Setiap hari Isnin dan Khamis, Amir
Misteri mengajar Hafizah melukis.
Kertas
lukisan dan alatan melukis semua Amir sediakan. Hafizah kagum dengan
alatan
melukis Amir yang mahal. Amir mengajar Hafizah cara-cara melukis dan
mewarna yang
betul. Barulah Hafizah tahu bahawa melukis adalah satu kerja
yang
memerlukan kemahiran dan kesabaran. Cara Amir melukis macam cara
orang dewasa.
Sebahagian daripada cara Amir melukis dan mewarna belum
pernah
dipelajarinya. Cikgu Juliana cuma mengajar lukisan sesuai untuk murid
Tahap 2.
Namun Cikgu Juliana banyak membantu Hafizah dan memberi
panduan
melukis dan mewarna kepada Hafizah.
Selepas tiga bulan belajar melukis,
Hafizah kini sudah menguasai teknik
melukis yang
betul. Dia tidak lagi gopoh dalam menyiapkan lukisan. Dia tahu
tentang
kelemahan dirinya selama ini. Kini dia tahu bahawa sesuatu kemahiran
itu mesti
dipelajari dengan tekun. Sikap cepat mengalah dan berputus asa
adalah sifat
orang merugikan diri sendiri.
Sempena Hari Kebangsaan, suatu
pertandingan mewarna dianjurkan.
Hafizah bersetuju
untuk mewakili sekolah sekali lagi. Kali ini dia yakin akan
berjaya
mengharumkan nama sekolah.
“Fizah, saya doakan awak berjaya.
Terimalah hadiah dari saya sebagai
kenang-kenangan.”
Amir menghulurkan satu bungkusan yang dibalut cantik.
Hafizah
menerimanya dengan rasa terharu. Dia tidak sangka Amir sanggup
menolong
seorang murid miskin sepertinya.
“Terima kasih Amir. Allah sahaja
yang mampu membalas budi baik awak
terhadap saya,”
demikian ucapan Hafizah yang benar-benar lahir dari lubuk
hatinya.
Hafizah membuka bungkusan hadiah itu
di rumah. Dia terkejut apabila
melihat satu
set alatan mewarna yang mahal. Segala-galanya cukup lengkap.
Berus
lukisannya tersusun dalam satu kotak. Dari batang berus yang paling
halus macam
cacing hinggalah batang berus yang paling besar macam perut
lintah
kekenyangan darah. Semuanya tersusun elok macam adik-beradik tidur
sebilik. Dengan
alatan itulah Hafizah masuk pertandingan mewarna sempena
Hari
Kebangsaan.
Hafizah mewarna dengan sabar, tekun
dan mengikut teknik-teknik
mewarna yang
dipelajari dari Cikgu Juliana dan Amir. Dari bancuhan dan adunan
warnanya,
semuanya menggambarkan kekemasan dan ketelitian kerja. Kini
giliran
peserta-peserta lain pula yang menjeling ke arah lukisannya.
Keputusan pertandingan mewarna bagi setiap kategori
sudah berada di
tangan hakim.
Semua peserta berdebar-debar menanti keputusan dibaca.
Hanya Tuhan
yang tahu betapa kuatnya jantung para peserta berdegup. Apabila
keputusan
diumumkan, Hafizah bt. Tajudin dari Sekolah Kebangsaan Padang
Kemunting ternyata
menjadi Johan bagi Kategori Tahap 2 Sekolah Rendah. Dia
mendapat
hadiah sebuah basikal. Hafizah bangga kerana dapat mengharumkan
nama sekolah.
Cikgu Juliana dan Amir juga turut bangga.
Kini Hafizah tahu rahsia kejayaan
ialah minat, usaha dan kesabaran.
Semua orang
boleh berjaya. Hafizah ingin terus menempa kejayaan di peringkat
yang lebih
tinggi pada masa akan datang. Dengan itu, dia ingin terus belajar dan
membaiki
kelemahan diri. Buat masa ini, dia ingin mencium tangan Cikgu Juliana
yang banyak
mendidiknya. Dan kepada Amir; dia ingin menyusun kata-kata;
terima kasih.
No comments:
Post a Comment