Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam
sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar
menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya
menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa
selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata
peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak dalih.” Oleh itu, pihak
sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan
kawasan sekolah.
Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah
mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus
diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu
melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk
memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga
kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan
mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan
dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk
aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah
atau membersihkan longkang.
Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah.
“Program Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam pokok-pokok
bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah.
Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam
situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah
untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut
dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau
bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk
menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit
yang kaku.
Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat
bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok
untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan ,
“sekolahku syurgaku.” Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak
sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh
bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk
mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan
kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh
melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan
kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai
untuk belajar.
Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap
minggu. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas
masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin
tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi. Guru bertugas
harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas
terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas
terbersih akan diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor
perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci
tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan
tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.
Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K
bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam
program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam
keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikin kerana pihak
sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke
semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat
pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan
semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan.
Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah.
Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan
sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah
perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.
dipetik daripada:contohkaranganbahasamelayu20.blogspot.com
Daripada:Muhammad Arif Solihin Bin Mohd Syukri
Kelas:5Amanah
Sekolah:Sekolah Kebangsaan Pusat
VIDEO SKP DI YOUTUBE
VIDEO HARI ANUGERAH 2013,
Sunday, 24 November 2013
WetWorld ShahAlam
Taman tema rekreasi pertama di Shah Alam, Wet World sangat sesuai untuk seisi keluarga bersantai di tengah Bandar Anggerik yang permai ini. Wet World yang penuh warna-warni terletak di pinggir Tasik Shah Alam dibuka pada tahun 1995. Berbagai-bagai permainan seperti gelongsor air berbukit atau "monsoon buster" yang terpanjang di dunia dan pertama terdapat di rantau Asia. Waktu Operasi : 1.00 ptg - 7.00 malam (Isnin - Jumaat) 10.00 pagi - 7.00 malam (Sabtu - Ahad)*Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu
Bayaran Masuk (terkini) :Hari Isnin, Selasa, Khamis & JumaatKetinggian melebihi 130cm = RM20.00Ketinggian melebihi 90cm - 130cm = RM16.00
Hari Sabtu, Ahad, cuti sekolah & cuti amKetinggian melebihi 130cm = RM20.00Ketinggian melebihi 90cm - 130cm = RM16.00
Nurhakikat Bt Mohd ZorDipetik dari : www.wetworld.blogspot.com
Thursday, 21 November 2013
WASIAT UNTUK REMAJA - SIRI 6
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada-Ku”
Surah az-dzariyat: 56
Para remaja yang soleh dan solehah sekalian,
Lihatlah mentari yang mula naik di ufuk timur pada waktu pagi dan dan menghilang di ufuk barat pada waktu senja. Perhatikan pucuk-pucuk muda yang segar selepas hujan dan daun-daun kering yang berguguran. Renungi burung yang berterbangan, air yang mengalir dan gunung yang menunjangi bumi dengan kukuhnya. Semua itu ada pengajaran untuk diambil. Semua itu ada hikmah dan tujuan yang ditentukan Allah pada kejadiannya. Bagaimanakah pula tentang kejadian kita yang menjadi khalifah di bumi ini?
Persoalan pokok tentang kejadian manusia mungkin pernah kalian fikirkan. Kalian tertanya-tanya mengapa Allah jadikan kita dan atas tujuan apa Allah jadikan manusia. Mungkin selama ini kita sibuk sehingga tidak berkesempatan untuk mencari jawapannya. Kita hanya menghabiskan masa dengan kerja buat yang dipandu oleh matlamat kita sendiri.
Para remaja yang dikasihi lagi disayangi sekalian,
Ayat di atas dari surah azd-dzariyat menjadi jawapannya wahai anak-anak remajaku. Maknanya cukup jelas dan mudah difahami. Itulah sebenarnya Allah menjadikan kita dan manusia seluruhnya. Kita diciptakan bukan untuk sesuatu tujuan yang tidak pasti. Kita juga tidak diciptakan untuk sibuk dengan urusan sendiri. Apalagi kalau kita tenggelam dalam keseronokan dunia yang penuh dengan hiburan dan tipudaya yang melalaikan. Itu sangat jauh menyimpang daripada tujuan Allah menjadikan kita. Itu kesesatan namanya.
Wahai remaja yang dirahmati semua,
Adakah kalian sedang bernafas atas landasan dan tujuan kalian diciptakan? Apakah ertinya beribadat seperti yang dimaksudkan Allah dalam surah di atas? Ibadat itu luas maksudnya wahai anak-anak remajaku. Ibadat bermakna mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Beribadat bererti kita menjadi hamba dan memperhambakan diri kepada Yang Maha Pencipta. Solat, puasa dan berzikir adalah ibadat. Belajar dan bekerja untuk Islam juga ibadat. Tidur juga ibadat. Malah tidak melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah juga dinamakan ibadat. Semuanya menjadi ibadat apabila dilakukan mengikut syariat dan peraturan Allah. Semuanya menjadi ibadat apabila dilakukan kerana Allah.
Anak-anak remajaku berada pada jalan yang benar sekiranya kalian melakukan aktiviti dan rutin kehidupan selaras dengan kehendak agama. Kalian menepati tujuan diciptakan seperti yang telah difirmankan oleh Allah dalam ayat suci di atas. Kalau anak-anakku berada di jalan yang bertentangan dengan perintah Allah , ayahanda menyeru kalian membetulkan semula langkah di bumi yang bersifat sementara ini. Tinggalkanlah amalan yang melalaikan diri kalian daripada mengingati dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Ingatlah bahawa sesiapa yang gagal melakukan pengabdian diri kepada Ilahi bererti dia gagal menepati tujuan Allah menciptanya. Sudah pasti balasan yang amat menakutkan menanti manusia yang menyimpang hidupnya daripada landasan agama. Ayahanda yakin pesanan ini dapat menjadi renungan kalian. Ayahanda doakan keselamatan dan kesejahteraan untuk kalian wahai permata hati.
Buluh perindu tumbuh di hutan,
Dibuat serunai merdu sekali;
Taat beribadat kepada Tuhan,
Baru menjadi hamba sejati.
Monday, 18 November 2013
kelebihan mengamalkan surah Al-Fatihah
Sabda Rasulullah s.a.w:“Surah yang paling afdhal dalam Al-Quran ialah Surah Al-Fatihah:
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa membaca Surah Al-Fatihah, nescaya dikurniakan baginya
pahala seperti pahala orang yang membaca tujuh kali kitab Taurat, Injil,
Quran, Suhuf Nabi Idris dan Nabi Ibrahim. Tiap-tiap satu huruf yang
dibacanya itu dikurniakan kepadanya satu darjat di dalam syurga. Luas
setiap darjat tersebut adalah jarak antara langit dan bumi”
Al-Fatihah: Khasiat ayat pertama
Apabila
dibaca sebanyak 21 kali sebelum tidur, aman dari gangguan syaitan,
kecurian, kebakaran dan mati secara mengejut. Apabila dibaca sebanyak
50 kali di hadapan orang yang zalim, Allah s.w.t akan hinakan orang
tersebut dan diselamatkan dari kejahatannya. apabila dibaca sebanyak 100
kali di atas tempat yang sakit selama 3 hari. InsyaAllah hilang
kesakitan tersebut. Apabila dibaca sebanyak 786 kali pada sebekas air
yang suci, lalu diminum ketika terbit matahari selama seminggu (7 hari).
InsyaAllah ia akan dikurniakan kecerdikan yang luar biasa dan dapat
menghafal sesuatu ilmu dengan mudah.
Al-Fatihah: Khasiat ayat kedua
Jika
ditulis pada sekeping kertas; lalu direndam ke dalam minyak yang baru
(yang belum digunakan). Kemudian disapukan pada gigi yang sakit.
InsyaAllah afiat. Ayat jika ditulis pada mangkuk atau pinggan putih
lalu dihapuskan dengan minyak wangi. Minyak wangi tersebut disapu pada
muka sebagai pengasih dan seri muka.
Al-Fatihah: Khasiat ayat ketiga
Apabila
ditulis dua kalimah ini sebanyak 5o kali pada sekeping kertas, kemudian
membaca ke atas kertas tersebut sebanyak 150 kali. Bawalah ia ke
mana-mana saja, khususnya ketika hendak menghadap orang yang zalim.
InsyaAllah aman dari kejahatan mereka. Bacalah sebanyak 40 kali di
telinga orang yang kerasukan iblis dan jin. InsyaAllah pulih. Kalimah
jika dibaca sebanyak 1000 kali sehari, selama tiga hari berturut-turut
ke atas orang yang sakit berpunca dari angin seperti angin ahmar.
InsyaAllah afiat. Jika ditulis sebanyak 19 kali pada sekeping kertas,
lalu dijadikan azimat oleh wanita yang mandul atau diletakkan pada pokok
yang tidak berbuah. InsyaAllah dengan berkat nama Allah.
Al-Fatihah: Khasiat ayat keempat
Tulislah
ayat ini pada sekeping perak atau emas, kemudian pahatkanlah pada empat
penjuru tiang rumah yang baru didirikan atau pada haluan kapal dan
perahu. InsyaAllah terpelihara dari bala, wabak, kebakaran, karam serta
dilimpahkan rezeki yang tidak terhingga.
Al-Fatihah: Khasiat ayat kelima
Tulislah
ayat pada sekeping kertas, lalu dimasukkan ke dalam buluh atau botol.
Kemudian ditutup supaya tidak dimasuki air. Setelah itu tanamlah di
tengah-tengah bendang atau kebun. InsyaAllah subur dan terpelihara.
Bacalah ayat sebanyak tiga kali senafas ketika bertemu binatang liar
atau orang yang jahat. InsyaAllah lemah hatinya dan terpelihara dari
kejahatan tersebut.
Al-Fatihah: Khasiat ayat keenam
Jika ada orang yang hendak berbuat zalim, bacakan ayat ini sebanyak 3
kali senafas dengan tekad yakin lalu dihembuskan ke mukanya. InsyaAllah
berubah. Jika lupa apa yang telah dihafal, bacalah ayat ini sebanyak
mungkin sambil berselawat ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. InsyaAllah,
Allah akan mengembalikan ingatannya itu.
Al-Fatihah: Khasiat ayat ketujuh
Apabila
sesat, bacalah ayat sebanyak 3 kali dalam satu nafas, kemudian tutup
mata pada kadar satu saat. InsyaAllah ditunjuki jalan yang betul.
Apabila kehabisan air atau makanan ambillah daun kayu yang boleh dimamah
dan bacalah sebanyak 7 kali, kemudian daun itu dikunyah sehingga
lumat, diperah airnya dan disapukan pada leher. InsyaAllah terpelihara
dari lapar dan dahaga. Apabila dikepung oleh musuh, ambillah segenggam
tanah dan bacalah kemudian hembur tanah itu di hadapan musuh-musuh
tersebut. InsyaAllah selamat. Jika ada orang yang sangat marah,
bacakanlah sebanyak 7 kali kemudian hembuskan ke hadapannya. InsyaAllah
hilanglah kemarahannya dan jadi jinak.
Dipetik daripada:amalankelebihan.blogspot.com
Daripada:muhammad Arif Solihin Bin Mohd Syukri
Kelas5Amanah
Sekolah:Sekolah Kebangsaan Pusat
Sunday, 17 November 2013
Saturday, 16 November 2013
Kisah Usaha Tangga Kejayaan
Rayyan berumur 12 tahun. Dia berasal daripada keluarga yang berada. Dia bersekolah di Sk Taman Silver. Dia berada di kelas Tahun 6 Cemerlang.
Rayyan seorang yang lemah dalam dalam pelajaran. Dia tidak suka belajar dan sering tidak menumpukan perhatian di dalam kelas. Oleh sebab itu, kerja rumahnya tidak pernah selesai.Dia sering dimarahi oleh guru-gurunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Dia selalu membuli murid-murid yang lebih kecil darinya. Suatu hari, dia membuli seorang murid di belakang tandas. Ketika itu, Cikgu Amran sedang meronda sekeliling sekolah. Cikgu Amran ternampak Rayyan membuli. Beliau terus menangkap Rayyan lalu membawanya berjumpa dengan guru besar. Cikgu Amran menceritakan kepada guru besar tentang kejadian itu.
Selepas mendengar penerangan Cikgu Amran, guru besar terus menghubungi ibu bapa Rayyan. Beliau memberitahu kepada mereka tentang kejadian tersebut. Apabila Rayyan pulang ke rumah, dia dimarahi oleh ibu bapanya. Dia berjanji akan insaf dan tidak akan mengulanginya lagi. Sejak dimarahi, dia belajar bersungguh-sungguh dan menyiapkan semua kerja rumahnya. Dia juga tidak lagi membuli murid yang lebih kecil darinya. Peperiksaan UPSR sudah tiba. Rayyan menjawab peperiksaan itu dengan bersungguh-sungguh.
Apabila keputusan diumumkan, Rayyan mendapat 5A dalam UPSR dan dia adalah murid yang mendapat markah tertinggi dalam semua matapelajaran. Dia berterima kasih kepada guru-gurunya kerana telah mengajarnya sehingga mendapat keputusan yang cemerlang. Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN
5 AMANAH
Thursday, 14 November 2013
WAJAH-WAJAH CEMERLANG UPSR 2013
Berikut ialah gambar murid-murid yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2013 yang diumumkan pagi tadi.
Tahniah.
Yang tak dapat 5A kali ini tidak bermakna gagal. Kalian semua masih cemerlang jika ada sikap positif dan beriltizam untuk berusaha lebih tekun di sekolah menengah nanti. Mungkin akan datang hari kalian. Tahniah untuk semua dan Selamat Ke Alam Menengah.

16 Jasad Digali Tidak Reput Dan Berbau Harum
Daripada:Muhamamad Shakeer
Kelas:5Fatanah
Sekolah:Sekolah Kebangsaan Pusat
Di:Kampung Batu Badak,Segamat
Wednesday, 13 November 2013
Pantun Cuti Sekolah
Karya : Azmi Rahman
Di hantar oleh : Anis Izaty Binti Ahmad Zamri, 5 Amanah, SK Pusat Kemaman
MUSIM CUTI SEKOLAH
Bina pondok di tepi rimba,
Telah dibersih segala duri,
Cuti sekolah sudah tiba,
Bawa keluarga rehat diri.
Telah dibersih segala duri,
Cuti sekolah sudah tiba,
Bawa keluarga rehat diri.
Duduk lama membuat laksa,
Sampai tangan terasa kebas;
Musim cuti ada periksa,
Lepas cuti baharu bebas.
Sampai tangan terasa kebas;
Musim cuti ada periksa,
Lepas cuti baharu bebas.
Anak kucing sungguh manja,
Baharu diberi makan ikan;
Cuti sekolah banyak kerja,
Kerja sekolah mesti siapkan.
Baharu diberi makan ikan;
Cuti sekolah banyak kerja,
Kerja sekolah mesti siapkan.
Makan nasi sungguh selera,
Makan pula mentimun mentah;
Cuti sekolah siapa gembira?
Anak-anak di sekolah rendah.
Banyak amah antara amah,
Pilihlah amah yang beragama;
Cuti sekolah duduk di rumah,
Jangan lupa tolong ibu bapa
Makan pula mentimun mentah;
Cuti sekolah siapa gembira?
Anak-anak di sekolah rendah.
Banyak amah antara amah,
Pilihlah amah yang beragama;
Cuti sekolah duduk di rumah,
Jangan lupa tolong ibu bapa
Tuesday, 12 November 2013
KENAPA RASULULLAH TIDAK MEMPUNYAI BAYANG
Semua sedia maklum satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak
mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya.
Rahmatan Lilalalmin.
baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda
itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...
Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila
disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar
baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad
baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan
kembali kepada panjang asal....
Sollu alan Nabi...
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍ Ùˆَآلِ Ù…ُØَÙ…َّدٍ، ÙƒَÙ…َا صَÙ„َّÙŠْتَ عَÙ„َÙ‰
آلِ Ø¥ِبْرَاهِيمَ، Ø¥ِÙ†َّÙƒَ ØَÙ…ِيدٌ Ù…َجِيدٌ، اللَّÙ‡ُÙ…َّ بَارِÙƒْ عَÙ„َÙ‰
Ù…ُØَÙ…َّدٍ Ùˆَآلِ Ù…ُØَÙ…َّدٍ، ÙƒَÙ…َا بَارَÙƒْتَ عَÙ„َÙ‰ آلِ Ø¥ِبْرَاهِيمَ،
Ø¥ِÙ†َّÙƒَ ØَÙ…ِيدٌ Ù…َجِيدٌ
Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali
ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali
muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid -
ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW
Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika
dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi
Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih
merdu.
Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu
Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya
Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada
di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”
Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :
Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam
Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah
menghinggapi baginda.”
Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”
Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”
Istimewanya darah Rasulullah SAW:
Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al
Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang
menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam,
Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan
membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun
melihat kamu.”
Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya:
“Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”
Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku
ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”
Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku,
“Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan
terselamatlah kamu daripada manusia.”
Peluh Rasulullah SAW wangi :
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah
datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami.
Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol
kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW
pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau
lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita,
ia adalah wangian yang paling harum!”
Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam
al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata:
“Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”
Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:
1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan
jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya
sahaja. (Hr Bukhari)
2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum
Nabi. (Hr Bukhari)
3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)
4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)
5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika
menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan
takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam
sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)
6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari)
Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr
Ahmad)
7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr
Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.
8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)
9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir
surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)
10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)
11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)
12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)
13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)
14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)
15. Mula-mula Qarin yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian
Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya
Qarin tersebut.
16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)
- daripada ikmal hisyam 5amanah
Monday, 11 November 2013
Perang Badar
Kemenangan Badar, Saat 5.000 Malaikat Turun ke Bumi
wikipedia
Di sisi selatan, Lembah Badar dibatasi oleh bukit bernama bukit 'al-Asfal'. Sejak masa sebelum Islam, lembah tersebut sudah menjadi jalur yang banyak dilintasi kafilah-kafilah dagang asal Makkah atau Yaman yang hendak berniaga ke Syam (Suriah dan Lebanon).
Tanahnya yang subur karena memiliki campuran pasir dan tanah dengan beberapa mata air di lembah tersebut membuat para kafilah bisa singgah beristirahat di lembah ini dengan nyaman.
Saat ini, lembah badar menjadi salah satu kota yang berada di wilayah Provinsi Madinah dengan nama lengkap Kota Badar Hunain. Jarak kota ini dari Kota Madinah mencapai sekitar 130 km.
Meski demikian, sebagian wilayah lembah yang pernah menjadi lokasi pertempuran besar, yakni Perang Badar al Qubro, masih dibiarkan menjadi padang terbuka.
Bahkan, pada satu lokasi di lembah tersebut, terdapat bangunan tembok menyerupai benteng yang mengelilingi areal cukup luas. Lokasi itu diperkirakan menjadi tempat pertempuran sekaligus tempat dimakamkannya para syuhada yang gugur dalam Perang Badar.
Lembah Badar memang menjadi sangat dikenal dalam sejarah Islam. Tempat ini menjadi saksi suatu peristiwa besar yang menjadi tonggak sejarah tatkala pertempuran besar antara umat Islam dari Madinah dan kaum musyrikin dari Makkah terjadi.
Pertempuran besar di lembah Badar tersebut terjadi pada 17 Ramadhan 2 Hijriyah atau 17 Maret 624 M. Perang yang juga sering disebut-sebut sebagai perang akidah ini memberikan kemenangan besar bagi kaum Muslimin.
Sebelum Perang Badar terjadi, kaum Muslim Madinah dan penduduk Makkah sebenarnya sudah beberapa kali terlibat konflik bersenjata skala kecil. Ketegangan antara kelompok masyarakat di Makkah dan Madinah ini terjadi akibat serangan umat Islam di Madinah pada rombongan dagang kaum Quraisy.
Umat Islam Madinah yang sebelumnya berasal dari kaum Quraisy Makkah berpendapat, penyerangan terhadap rombongan dagang dari Makkah sah dilakukan. Pasalnya, kaum Quraisy Makkah telah mengusir dan menjarah barang-barang yang mereka tinggalkan di Makkah.
Pada akhir tahun 623 Masehi, aksi penyerangan terhadap para pedagang Makkah ini makin sering dilakukan. Puncaknya, terjadi menjelang pertempuran Badar. Saat itu, umat Islam Madinah mendengar kabar mengenai rencana kedatangan kafilah dagang kaum Quraisy dari Syam, yang berada di bawah perlindungan pasukan Abu Sufyan bin Harb.
Mendapat informasi tersebut, sahabat Rasulullah SAW, Hamzah, meminta ijin untuk membalas perlakuan orang kafir Quraisy. Saat itulah, turun ayat 39-40 Surah Al Hajj yang memberikan ijin pada kaum Muslimin untuk berperang jika mereka dizalimi.
Mendapat wahyu ini, Rasulullah pun memimpin sendiri pasukannya untuk melakukan pengadangan. Dengan pasukan yang terdiri atas 313 orang dan 2 ekor unta, mereka menuju suatu tempat bernama Shafra ( di luar Kota Madinah).
Upaya pencegatan pasukan Muslimin ini tercium oleh Abu Sufyan, sehingga dia mengambil rute kembali ke Makkah dengan melalu jalur tepi laut. Sementara, kaum musyrikin Quraisy yang mendapat kabar rombongan Abu Sufyan dihadang pasukah Rasulullah mengirimkan bantuan dengan mengirim 1.000 orang. Pasukan ini dipimpin oleh Abu Jahal.
Rasulullah SAW dan para saha bat yang mendapat kabar Abu Sufyan sudah sampai Makkah dan kaum Quraisy mengirimkan pasukan, tidak mengurungkan perjalanan. Tapi bertekad menghadapi pasukan yang dipimpin Abu Jahal.
Keteguhan hati umat Islam untuk bertempur melawan pasukan AbuJahal yang lebih besar ini lah yang berbuah kemenang Terkait pertempuran ini, Allah ber firman.
"Sungguh Allah telah menolong kamu dalam Peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu, bertawakallah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya. (Ingat lah), ketika kamu mengatakan kepada orang Mukmin, Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)? Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda. "
Muhammad Arif Solihin Bin Mohd Syukri
Kelas:5Amanah
Sekolah:Sekolah Kebanggsaan Pusat
Sunday, 10 November 2013
USAHA HARI INI UNTUK UNTUK MASA DEPAN.
Jika anda rasa telah kuat berusaha, bagaimana pula dengan lelaki ini?
Sanggupkah anda menempuh halangan untuk sebuah kehidupan?
Ingat murid-muridku, janganlah kalian menjadi beban kepada ibu bapa setelah mereka semakin berusia.
INI PESAN DARI GURUMU.
Saturday, 9 November 2013
SAMBUNG CERITA
Sambung Cerita
Hari sudah jauh malam. Adik-adik aku sudah tidur, namun ibu bapa aku belum juga pulang. Aku menjadi bimbang dan risau.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu. Malam semakin sejuk, hendak lelapkan mata, aku tidak rasa mengantuk. Aku ingin bangun dari tempat tidurku, namun pelbagai andaian bermain dikepalaku. Aku berasa tidak sedap hati.
Bunyi itu semakin jelas. Setahuku, jiranku telahpun pulang ke kampungnya. Dari manakah datangnya bunyi itu? Aku memberanikan diri untuk mengintai dari celah pintu. Aku dapat melihat dengan jelas kelibat dua orang pencuri sedang mundar-mandir di dapur. Aku segera menutup lampu kalau-kalau pergerakkanku diperhatikan.
Kedua-dua mereka nampak mencurigakan. Mereka berjalan terbongkok-bongkok. Mereka membawa beberapa peralatan rumah ke sudut halamman.
Menyedari kejadian itu, aku segera menelefon polis. Tidak lama kemudian, pihak polis pun tiba. Kedua-dua pencuri itu telah ditangkap. Kedua-duanya ialah kumpulan pencuri yang dikehendaki polis.
Aku juga terdengar bunyi deruan enjin kereta ayah. Rupa-rupanya
ibu dan ayahku telahpun pulang. Aku amat gembira dan berasa lega. Ibu dan ayah tercengang melihat polis disekeliling kawasan rumah. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.
Ibu dan ayahku tersenyum mendengar cerita itu. Tiba-tiba, ibu datang memelukku. Ibu dan ayah bangga denganku. Aku akan mengingati peristiwa itu sebagai kenangan manis buatku.

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN MD ZAHARIL
5 AMANAH
SEK. KEB. PUSAT
Friday, 8 November 2013
Pantun jenaka
Jalan-jalan bersama kakak
Ditengah jalan lihat kepompong
Aku tertawa terbahak-bahak
Melihat kucing makan kedongdong
Disana gunung disini gunung
Ditengah tengah gunung Rajabosa
Kesana bingung kesitu bingun
Lebih baik ke sekolah saja
Ambil segulung rotan saga
Sudah diambil mari diurut
Duduk termenung harimau tua
Melihat kambing mencabut janggut
Disana merak disini merak
Merak mana hendak dikepung
Disana hendak disinipun hendak
Pening kepala terajang punggung
Diumpan merak dengan dedak
Hendak ditangkap dengan segera
Di sana hendak di sinipun hendak
Tepuk dada tanyakan selera
Dipetik dari : aliashamzah2095.blogspot.com
Dimuatnaik oleh : NURHAKIKAT BT. MOHD ZOR (5F)
Thursday, 7 November 2013
Wednesday, 6 November 2013
Sajak Cintai Negara
Negaraku Bebas Merdeka
Kini..
tiada lagi tangisan insan terseksa
terkapai-kapai lemas mencari daratan
berkorban jiwa pertahan negara
penjajah durjana merampas segala
50 tahun dahaulu..tiada lagi tangisan insan terseksa
terkapai-kapai lemas mencari daratan
berkorban jiwa pertahan negara
penjajah durjana merampas segala
stadium merdeka menjadi saksi
negaraku merdeka
rakyatku tidak lagi sengsara
menangis gembira mendapat cahaya
Merdeka..
tiada lagi penjajahan..
tiada lagi penderitaan..
tiada lagi jeritan penyiksaan..
tanah air ditadbir insan bijak bestari..
memimpin negara mengukir nama..
Kini..
50 tahun sudah merdeka..
negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang
burung berkicau bebas berterbangan
menjadi tanda negaraku aman daman
Maju berteknologi
kearah mencapai wawasan 2020.
kugenggam erat amanah pejuang tanah air
pertahanlah kemerdekaan
teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan
sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati
semoga kekal selamanya
merdeka tetap merdeka..
Karya : Ang Bee Yean
Dihantar oleh : Anis Izaty Bt Ahmad Zamri, 5 Amanah
Karya : Ang Bee Yean
Dihantar oleh : Anis Izaty Bt Ahmad Zamri, 5 Amanah
Tuesday, 5 November 2013
daripada hisyam 5 amanah
Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah.
Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.
Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.
Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.” Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.
Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.
Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikin kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan. Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah.
Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.
CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

Subscribe to:
Posts (Atom)