VIDEO SKP DI YOUTUBE

VIDEO HARI ANUGERAH 2013,

Sunday, 3 November 2013

Fakta-Fakta Menarik Tentang Haiwan

TAHUKAH ANDA…Helang boleh pilih untuk hidup atau mati?
Helang terkenal dengan kehebatan dan keberanian yang tiada tolak bandingnya. Kajian menunjukkan bahawa helang adalah burung yang memiliki usia yang sangat lama iatu boleh mencecah sehingga 70 tahun.
Ini adalah satu fakta yang menarik tentang helang. Sebelum mencapai usia 70 tahun, helang akan mengalami satu tempoh transformasi pada usianya 40 tahun.
Dia akan membuat satu keputusan yang berat sama ada untuk terus hidup atau mati. Pada usia ini kuku helang akan menjadi tumpul, paruhnya akan panjang sehingga mencecah dada dan bulunya menjadi lebat sehingga sukar untuk terbang.
Untuk membaiki semula keadaan tubuh badannya yang baru, helang mesti mengambil masa selama 150 hari.
Caranya dia mesti terbang ke puncak gunung dan tinggal di jurang selama tempoh tersebut. Apa yang dilakukan di sana?
Pertama, helang akan patuk paruhnya sehingga patah dan menunggu paruh yang baru tumbuh semula. Kedua, helang akan cabut kuku yang tumpul tadi dan kuku baru akan tumbuh. Ketiga, bulu2 lama akan dicabut untuk mendapatkan bulu yang baru.
Apabila selesai tempoh 150 hari, helang tadi muncul dengan wajah dan rupa yang baru. Helang tadi dapat hidup 30 tahun lagi dengan lebih hebat dan ia menjadi kebanggaan pada dirinya!

Daripada:Muhammad Arif Solihin Bin Mohd Syukri
Kelas:5Amanah
Sekolah:Sekolah Kebanggsaan Pusat

No comments:

Post a Comment