Salam untuk murid-muridku yang dikasihi semua,
Ketahui dunia kini penuh dengan cabaran dan dugaan. Di sekolah kita dididik oleh para guru, di rumah kita dijaga oleh ibu bapa. Namun di luar sana, banyak duri dan onak yang ingin mencangkuk kaki kita.
Murid-muridku akan terdedah kepada pengaruh dan bisikan iblis. Tanpa iman, kita akan mudah kandas. Kita akan tergelincir dari iman dan taqwa. Apabila hal ini terjadi, gelaplah hidup kita di dunia dan di akhirat.
Murid-muridku semua,
Berazamlah untuk menjadi anak yang soleh. Anak yang cinta akan agama dan beramal dengannya. Kita tak mahu jadi Islam baka. Kita adalah muslim sejati yang cinta akan Allah dan Rasul. Mudah-mudahan dengan azam yang tertanam mendalam di dalam hati, anak-anak muridku akan sentiasa ingat akan nasihat ibu bapa dan didikan para guru. Kami semua inginkan kebaikan untuk anda semua.
Kami mahu anda menjadi anak-anak yang beriman, beramal soleh dan berjaya di dunia sampai ke akhirat. Mudah-mudahan inilah cita-cita muridku semua.
No comments:
Post a Comment