VIDEO SKP DI YOUTUBE

VIDEO HARI ANUGERAH 2013,

Sunday, 7 July 2013

SAINS: MATAPELAJARAN YANG SUKAR?

Adalah tidak dinafikan bahawa matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang agak sukar bagi kebanyakan pelajar. Ini adalah kerana  seorang pelajar perlu mengingati dan menghafal  banyak konsep dan fakta. Maka untuk memperolehi markah yang baik atau ingin mendapat 'A' dalam matapelajaran Sains adalah idaman semua pelajar. 

Untuk mendapat markah yang tinggi dalam apa sahaja matapelajaran termasuk Sains, pelajar perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberikan oleh guru atau buku teks yang sedia ada.  Walaubagaimanapun buku teks yang tebal yang mengandungi ratusan atau mencecah ribuan kata kunci fakta Sains boleh mematikan semangat pelajar untuk meminati Sains.




.

PETA MINDA: ALTERNATIF TERBAIK


"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan ide dengan perkaitan.

Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).
Satu contoh peta minda yang saya ingin paparkan ialah peta berikut di bawah tajuk "Basic Needs", satu tajuk daripada matapelajaran Sains Tahun 4.

Sila klik peta minda di bawah untuk melihatnya dengan lebih dekat


Perhatikan betapa mudahnya seorang pelajar dapat melihat tajuk utama peta di tengah-tengah yang  bercabang kepada tajuk-tajuk kecil yang pula bercabang kepada perkataan atau kata-kunci dan rajah kunci yang penting. 

kata-kunci dan rajah-kunci


Peta minda yang disediakan dipermudahkan pembacaannya dengan adanya label-label berhuruf danbernombor di setiap cabang supaya pembacaan adalah mengikut susunan dan turutan  yang betul. Ini adalah untuk memastikan  supaya pemahaman terhadap fakta yang dibaca adalah mengikut alirannya. 

Perhatikan juga gambar-gambar yang berwarna dan menarik yang berkaitan dengan fakta dapat mengukuhkan lagi ingatan terhadap  fakta tersebut. 

Label huruf dan nombor serta gambar


Anda tentu perasan bahawa dengan memerhatikan peta minda secara keseluruhan, anda telah pun sudah dapat memasukkan maklumat dengan mudah ke dalam fikiran anda. Oleh itu maklumat tersebut akan mudah pula dapat dikeluarkan  kerana ia telah di"peta"kan ke dalam fikiran anda.


PETA MINDA UNTUK GURU DAN PELAJAR



Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakui sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah. Saya telah menggunakan peta minda yang saya hasilkan sendiri sejak  5 tahun lalu dalam bilik darjah saya. Berdasarkan kepada pengalaman saya, saya mendapati proses pengajaran menjadi sangat mudah dan menjimatkan masa.

Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiri dan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota mereka tanpa perlu mereka membuat nota sendiri. Peta minda yang asalnya bersaiz A4 telah dibuat salinannya kepada kertas  bersaiz A3 yang lebih besar supaya lebih mudah dibaca. Jika  bab yang diajarkan adalah panjang, maka peta yang kedua, ketiga dan  seterus akan saya hasilkan.
 

Penggunaan LCD serta perisian komputer yang boleh membesarkan paparan di skrin dengan kemudahan "zoom" memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Gambarajah yang kecil yang kurang jelas dengan mudah dibesarkan untuk paparan pelajar.
 

KELEBIHAN PETA MINDA







Dalam Pembelajaran
Menghapuskan rasa sukar untuk belajar. Menambah  keseronokan dalam proses pembelajaran,  mengulangkaji dan mengambil peperiksaan. Memberi keyakinan kepada pelajar terhadap keupayaan  mereka untuk mempelajari apa sahaja matapelajaran.

Dalam Mengingat
Memudahkan pelajar mengingat fakta  setelah mindanya dipetakan. Menambah keupayaan dan kapasiti ingatan.

Dalam Pandangan KeseluruhanDapat melihat keseluruhan bab dengan jelas. Dapat memahami segala fakta yang berkaitan. Berupaya  mengulangkaji pelajaran  dengan pantas.

Dalam Berfikir
Melatih  minda mencari jalan penyelesaian untuk melaksanakan sebarang kerja secara bersistematik.

Dalam Merancang
Memudahkan merancang sesuatu tugas dari mula hingga ke akhir hanya dalam sehelai kertas.

Dalam Berkomunikasi
Dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat.


No comments:

Post a Comment