VIDEO SKP DI YOUTUBE

VIDEO HARI ANUGERAH 2013,

Saturday, 7 September 2013

 Contoh Karangan sekolah rendah

 Cerita: Rumah Pak Abu Terbakar

Pada suatu petang, aku terdengar bunyi pelik di luar rumah lalu segera keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku. Aku terlihat asap berkepul-kepul di udara dari rumah Pak Abu. Rupa-rupanya rumah Pak Abu berlaku kebakaran.

Aku segera pergi memberitahu ibu bapa. Kemudian bapaku terus keluar rumah untuk meminta pertolongan daripada penduduk kampung. Ramai penduduk kampung yang datang dan mereka bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Namun begitu, api itu semakin marak. Sementara itu, aku segera menelefon pihak bomba. Kira-kira I5 minit kemudian, bomba pun sampai ke tempat kejadian. Setengah jam berikutnya, api yang marak itu berjaya dipadamkan tetapi malangnya rumah Pak Abu telah pun musnah sama sekali.

Pihak bomba menyatakan bahawa punca kejadian itu mungkin akibat daripada kebocoran paip dapur gas. Ini memandangkan kebakaran bermula dari bahagian dapur rumah dan tong gas di situ pula didapati telah meletup. Syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Namun, kerugian dianggarlkan lebih daripada RM 300,000. Pak Abu dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang menolong memadamkan kebakaran rumah mereka.

Memandangkan Pak Abu jiran terdekat kami, ibu bapaku mengajak Pak Abu sekeluarga menumpang di rumah kami untuk sementara waktu. Semasa di rumah kami, Pak Abu selalu kelihatan muram kerana mungkin mengenangkan peristiwa pahit yang melanda keluarganya.

Selang tiga bulan kemudian, rumah Pak Abu telah siap dibina semula. Pak Abu berasa amat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga kami yang banyak membantu mereka. Akhirnya, Pak Abu dan keluarganya telah mengambil keluargaku sebagai keluarga angkat mereka.

Daripada:Muhammad Arif Solihin b Mohd Syukri kelas:5AMANAH  Sekolah:Sekolah Kebangsaan Pusat             

No comments:

Post a Comment