Pengembaraan
Amir Misteri – Siri 5
"Nasib
Si Bani"
- karya Cikgu Mohd Zor Ali
Perut Si Bani berkeroncong. Dia
terasa amat lapar. Sudah berhari-hari dia tidak makan
dengan sempurna.Beginilah nasibnya. Si Bani dibela tetapi makan minumku tidak
dijaga. Ada
sisa makanan atau nasi, barulah dia dapat merasa. Itupun
tulang- tulang yang bersisa. Kadang-kadang dia termuntah-muntah kerana
terlekat tulang. Lebih malang
lagi apabila dia dipukul dengan penyapu kerana
mengotorkan rumah.
Suatu hari, tuan Si Bani sekeluarga
pergi bercuti ke ibu kota .
Si Bani ditinggalkan
sendirian. Tiada makanan disediakan. Dia terpaksa mencari makanan di
rumah jirannya. Makanan yang ada di luar rumah cuma tulang-tulang dan
sisa-sisa lauk yang telah basi. Kalau dimakannya sudah pasti perutnya akan
sakit.
Si Bani berfikir macam mana untuk
mendapatkan makanan. Dia sudah tidak berdaya
lagi. Kalau dia tidak dapat makanan juga sudah pasti dia akan mati kelaparan. Si
Bani mendapat satu akal. Dia mesti memberanikan
diri untuk menyelongkar
makanan di dapur rumah jirannya.
Matahari sudah tegak di atas kepala.
Dia tahu tuan rumah sudah selesai memasak.
Aroma ikan goreng menusuk hidungnya. Bau itu membuatkan Si Bani bertindak
dengan segera tetapi berhati-hati. Dia naik ke rumah jirannya perlahan-lahan. Pintu rumah itu selalu terbuka. Ini memudahkan
kerjanya. Diintainya kalau-kalau
ada orang di dalam dapur. Nasibnya baik. Kebetulan tuan rumah tiada di
dapur. Si Bani melompat di atas meja. Wah, banyak lauk-pauk terhidang. Ada sayur goreng. Ada gulai ikan dan ada ikan aya goreng. Nasi
pun sudah
tersedia.
Mungkin sebentar lagi tuan rumah sekeluarga akan ke dapur untuk makan
tengahari. Apalagi, Si Bani mula meratah ikan goreng yang mencairkan air liurnya. .Bukan
main enak lagi. Hampir habis seekor ikan itu dikunyahnya.
“Cis! Cis! Kucing keparat! Habis
ikan aku” maki tuan rumah. Tiba- tiba Si Bani berasa
sakit.Dia melarikan diri dalam keadaan terhincut- hincut. Rupa-rupanya,
pukulan batang penyapu hinggap di kakinya. Dia menangis kesakitan, tetapi tiada
siapa mempedulikannya. Tuannya pun tiada.
Si Bani menyorok di bawah rumah.
Dia bimbang kalau-kalau tuan rumah terus mencari dan memukulnya.
Dia ketakutan.
Dua hari Si Bani menahan sakit dan
lapar. Sejak hari itu, dia belum dapat makanan
yang mengenyangkan. Dia cuma dapat makan serangga , tulang-tulang
dan minum air longkang. Dia masih berjalan terhincut-hincut kerana
kakinya masih terasa sakit. Dia rasa bagai tulang kakinya patah. Kalau patah pun dia
tidak dapat berbuat apa-apa. Itulah nasibnya. Dia akan merasa sepanjang
hayat.
Deruman enjin kereta tuannya
memberikannya harapan. Keluarga tuannya
kelihatan gembira selepas pulang dari bercuti. Apabila keadaan telah tenang, Si
Bani terus mendapatkan tuannya. Dia menggesel-gesel kaki tuannya sambil
mengiau- ngiau anja. Sebenarnya dia sakit dan lapar. Encik Osman, tuannya
terkejut melihat keadaan Si Bani. Dia membelek- belek kaki Si Bani apabila
melihat Si Bani berjalan terhincut- hincut. Dia dapati kaki kucingnya itu patah.
“Iwan, tolong buang Si Bani ni”
“Mengapa ayah?” Tanya Iwan sambil
melihat kaki Si Bani.
“Si Bani ni dah tempang agaknya. Baik kita
bela kucing Siam
pula,” cadang
ayahnya.
Iwan bersetuju membuang Si Bani
walaupun hatinya sedih. Dia mahu seekor kucing
Siam
yang cantik. Lalu dia terpaksa membuang Si Bani jauh dari rumahnya. Iwan
meletakkan Si Bani di dalam bakul basikal. Si Bani tidak meronta.
Memang dia pernah dibawa oleh Iwan bersiar-siar dengan basikal pada waktu petang.
Tetapi kali ini, Si Bani dibawa jauh dari rumahnya. Dia belum pernah sampai
di sini. Di sekelilingnya semak-samun. Rumah orang tidak banyak di
kawasan itu. Tidak jauh dari sebuah rumah kosong,Iwan memberhentikan
basikalnya. Si Bani merasa pelik.
Iwan mengambil Si Bani dari dalam
bakul basikal. Dia memeluk dan mencium Si
Bani. Kaki Si Bani yang tempang digosoknya. Dia merasa amat sedih tetapi
apakan daya. Dia mahu seekor kucing Siam yang dijanjikan oleh ayahnya.
Kesedihannya bersebab. Si Bani dibelanya sejak kecil. Sedikit sebanyak
kasih sayangnya tertumpah kepada Si Bani. Si Bani pun selalu bermanja
dengannya. Nama Si Bani pun dialah yang memberinya.
“Maafkan aku Si Bani. Aku terpaksa
membuang kau di sini. Aku takut nanti kau bergaduh
dengan kucing Siam
yang ayahku akan bawa pulang nanti.” Iwan memujuk-mujuk
Si Bani. Dia tahu Si Bani tidak faham percakapannya dan tidak pandai
berkata-kata. Namun, Iwan rasa bersalah. Dia perlu memohon maaf dari Si Bani.
Mudah-mudahan Si Bani tidak mengutuknya.
Iwan melepaskan Si Baninperlahan-lahan
dari pelukannya. Si Bani mengiau
manja. Kini Si Bani sudah tahu tujuan tuannya membawanya ke situ. Dia tidak
dapat berbuat apa-apa. Itu sudah memang takdir untuknya.
“Inikah balasanmu terhadap binatang,
Iwan?” Amir Misteri menegur perbuatan
Iwan yang tidak mengenang jasa itu. Dulu, semasa rumahnya banyak tikus, Si
Banilah yang diharapkan untuk membasmi
makhluk perosak itu. Kini apabila Si
Bani telah tempang, Iwan bertindak membuangnya bagai sampah. Iwan menoleh ke belakang. Seorang budak lelaki sebayanya sedang memerhatikannya.
“Siapa awak?” tanya Iwan.
“Itu tidak penting, Sudahlah kau
tidak menjaga kucingmu dengan baik, apabila dia
cacat kau mahu membuangnya pula. Kau zalim Iwan. Keluargamu zalim Iwan. Sepatutnya apabila kita membela
binatang, kita mestilah lakukan seperti kita
membela manusia. Ini tidak. Kau membiarkannya kelaparan. Di mana sifat
kemanusiaanmu?” Amir Misteri bagai memberi khutbah.
Amir menyambung lagi apabila
menyedari Iwan tertunduk malu.
“ Iwan, haiwan juga perlukan makan
minum yang sempurna macam kita. Haiwan juga
perlu makanan yang berzat untuk cergas dan sihat. Haiwan juga perlu rawatan
apabila sakit. Kita tidak boleh membiarkan haiwan perliharaan kita kelaparan dan
merana kesakitan. Agama kita mengajar kita berbuat baik kepada binatang.”
Teguran itu menyelinap ke dalam
sanubari Iwan.Betul juga kata budak ini. Mengapakah
aku sekejam ini. Semasa kucing ini sihat, aku peluk dan aku belai. Tetapi
apabila cacat, aku hendak buang pula. Sepatutnya, aku bawa Si Bani ke
klinik haiwan. Menyedari kesilapannya, Iwan tidak jadi membuang Si Bani. Dia
rasa dirinya cukup zalim. Si Bani yang dari tadi menggesel-gesel kakinya,
dipeluknya semula.
“Terima kasih kerana menegur saya
daripada kesilapan. Memang saya tidak
terfikir selama ini. Saya akan terangkan hal ini kepada ayah saya.Saya berjanji akan
memeliharan Si Bani dengan baik.”
Selepas memohon diri, Iwan meletakkan
Si Bani ke dalam bakul basikalnya.
Dia mengayuh basikalnya pulang. Amir Misteri tersenyum puas. Dia berjaya lagi
dalam misinya. Kali ini dia berjaya menyedarkan manusia dan menyelamatkan
nasib binatang. Lalu Amir Misteri meneruskan pengembaraannya.
Ada manusia
lain yang perlu dibantu.
No comments:
Post a Comment